• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelik Ada Serentak 2 Ketua Hakim Negara!

oleh
12/07/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM pernah berlaku dalam sejarah perundangan Malaysia boleh ada dua Ketua Hakim Negara masih dalam perkhidmatan serentak dan lebih pelik penggantinya angkat sumpah waktu malam.

Namun itulah berlaku di Malaysia di bawah pentadbiran baharu Pakatan Harapan (PH) sejak menang Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lalu apabila bertindak tergesa-gesa ‘buang’ semua penyandang awam era Barisan Nasional (BN).

Lebih malang bagi umat Islam apabila Ketua Hakim Negara mengangkat sumpah di Istana Negara lewat semalam, Tan Sri Richard Malanjum memiliki rekod tidak pernah mesra kepada agama majoriti rakyat negara ini sekian lama.

Pada masa sama, Tun Raus Sharif sebenarnya masih lagi Ketua Hakim Negara yang sah hingga 31 Julai ini meskipun beliau sudah pun serah surat letak jawatan akibat tekanan oleh PH kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun lalu.

Apakah motif sebenar kerajaan PH di bawah perdana meteri tertua di dunia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘kelam-kabut’ meminta Sultan Muhammad V selaku ketua negara untuk menyegerakan majlis angkat sumpah Malanjum?

Hakikatnya jika terus bercakap bab ini nanti ada yang dakwa ia konon rasis. Namun kini ada yang merasakan ia agak ‘lain macam’. Apatah lagi ia melibatkan satu sektor penting dalam kehidupan harian seluruh rakyat negara ini.

Satu atau dua penyandang mungkin boleh tahan lagi tetapi ini sudah nampak habis kuasai sepenuhnya. Justeru tidak hairan PAS menilai lantikan bukan Islam bagi tiga jawatan penting perundangan negara sesuatu yang pelik.

Parti itu merujuk lantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong; Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan terbaharu Malanjum menjadi Ketua Hakim Negara.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hasan dalam kenyataan bertanya apakah masih ada harapan rakyat terutama umat Islam lihat masa depan Islam terbela di Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

“Paling meresahkan apabila melihat kepada rekod penghakiman Ketua Hakim Negara yang baharu ini. Agak jelas kelihatan corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam dalam beberapa kes penting.

”Malangnya, kerajaan PH boleh ‘pekak telinga’ dengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak ‘buta mata’ daripada melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini,” luah Nasrudin nada kesal.

Beliau menambah, reaksi kekhuatiran umat Islam telah jelas kedengaran sejak pelantikan peguam negara bulan lalu dan kembali ‘panas’ apabila Tommy gagal berucap bahasa Melayu melibatkan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baca: Akibat Diasak CEP, 2 Hakim Utama Negara Berundur!

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH NASRUDIN HASSAN:

Sektor perundangan dan kehakiman dikuasai bukan Islam. Kini lengkap posisi tiga serangkai pada sektor undang-undang dan kehakiman dikuasai oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam.

Pertama: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang) – Datuk Liew Vui Keong
Kedua: Pelantikan Peguam Negara pada 5 Jun 2018 – Tommy Thomas
Ketiga: Pelantikan ketua hakim negara pada 11 Julai 2018 – Tan Sri Richard Malanjum

Kerajaan PH sekali lagi berjaya pecah rekod pelantikan ketua hakim negara dari kalangan bukan Islam sejak pertama kali ia diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia 1963 dengan nama awalnya Lord President.

Hanya Lord President yang pertama terdiri dari kalangan bukan Islam iaitu Tun Sir James Beveridge Thomson. Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam.

Maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

Paling meresahkan apabila melihat kepada rekod penghakiman ketua hakim negara yang baharu ini. Agak jelas kelihatan corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islamdalam beberapa kes penting.

Malangnya, kerajaan PH boleh “memekakkan” telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak “membutakan” mata dari melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini.

Reaksi bimbang dan teguran umat Islam telah jelas kedengaran sejak dari pelantikan peguam negara tempoh hari lagi. Kini pelantikan ketua hakim negara pula bakal mengundang petaka buat umat Islam.

Langkah kerajaan Pakatan Harapan juga dilihat tergesa-gesa dan tergopoh-gapah. Entah apa yang dikejar. Peletakkan jawatan Tun Md. Raus Sharif hanya berkuat kuasa pada 31 Julai.

Pelantikan Malanjum semalam menjadikan kini Malaysia ada dua orang ketua hakim negara sebelum berakhir 31 Julai ini. Mungkinkah Md Raus telah dipaksa buat surat peletakkan jawatan baru berkuat kuasa serta-merta?

Jika masih kekal peletakkan jawatannya efektif pada 31 Julai, maka apakah ini suatu langkah yang berpelembagaan? Apakah ia juga bermakna sudah ada campur tangan langsung daripada kerajaan sendiri dalam sistem kehakiman?

Episod apa lagi yang bakal disaksikan oleh umat Islam selepas ini. Sudahlah Islam terumbang ambing di zaman kerajaan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya ke arah yang lebih teruk dan buruk.

Apakah situasi ini meletakkan umat Islam seolah-olah terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya? – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ketua Hakim NegaraTan Sri Richard MalanjumTun Raus Sharif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Ketua Hakim Negara Kepada Wan Ahmad Farid

28/07/2025
0

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad...

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

Wan Ahmad Farid Angkat Sumpah Ketua Hakim Negara Esok

27/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 akan mengangkat sumpah esok. Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd