• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelarian Syria Dilarang Masuk Israel: Netanyahu

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS: Orang awam Syria yang lari akibat perang tidak akan dibenarkan memasuki Israel, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam, menambah bagaimanapun kerajaan akan terus memberi mereka bantuan kemanusiaan.

Puluhan ribu rakyat Syria lari daripada tentangan kerajaan di selatan negara itu yang bermula 19 Jun lalu dan mendirikan kem sementara berhampiran Bukit Golan, diduduki Israel.

“Berkaitan selatan Syria, kami akan terus mempertahankan sempadan kami. Kami akan melanjutkan bantuan kemanusiaan mengikut keupayaan kami. Kami tidak akan membenarkan kemasukan (pelarian) ke dalam wilayah kami,” kata Netanyahu pada awal mesyuarat kabinet.

Secara berasingan, tentera Israel berkata semalam, ia menghantar anggotanya ke Bukit Golan sebagai langkah berjaga-jaga.

Israel sekian lama mengadakan program menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria merentasi sempadan di Golan. Ia juga menyediakan rawatan perubatan kepada rakyat Syria yang cedera.

Jumaat lalu, tentera Israel berkata, ia meningkatkan operasi waktu malam merentasi sempadan dikawal anggota bersenjata dengan Syria.

Israel berkata, ia menghantar 300 khemah, 13 tan makanan dan 15 tan makanan bayi dalam operasi itu selain peralatan perubatan dan pakaian kepada empat kem di sebelah Syria di Golan.

Tentera berkata, enam rakyat Syria termasuk empat kanak-kanak dipindahkan ke dalam Israel dan diberi rawatan perubatan malam Jumaat lalu. -AFP

Tags: BaitulmaqdisIsraelIsu BaitulmaqdisSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd