• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Kebajikan Cari 2 Ibu Kandung

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat meminta dua ibu kandung kepada kanak-kanak yang ditinggalkan sejak 2015 tampil bagi membantu urusan pendaftaran lewat kelahiran.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Ezaq Ekmal Khalid berkata, pihaknya meminta dua ibu kandung kepada kanak-kanak bernama Farish Faiz dan Muhamad Hafiz supaya berbuat demikian bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima rujukan daripada Jabatan Kerja Sosial Hospital Kajang pada 10 Ogos 2015 mengenai seorang kanak-kanak lelaki bernama Farish ditinggalkan di wad bersalin Hospital Kajang.

“Usaha mengesan ibu kandung yang dikenali dengan nama Siti Nur Mustamin Hasan dan dikatakan berasal dari Indonesia itu dijalankan oleh saya ke alamat terakhir ibu kandung kanak-kanak di Blok A 03-12 Flat Seri Haneco , Semenyih.

“Bagaimanapun didapati beliau menghilangkan diri dari rumah terbabit dan kediaman itu didiami oleh penyewa lain.

“Sejak itu ibu kandung tidak dapat dikesan dan laporan polis dibuat oleh saya dan berharap siaran berita ini dapat membantu mengesan ibu kandung kepada kanak-kanak untuk tindakan pihak kami selanjutnya,” katanya.

Beliau juga berkata, bagi kes Muhamad Hafiz pula, pihaknya menerima rujukan daripada Jabatan Kerja Sosial Hospital Ampang pada 6 November 2015 yang menyatakan ibu kandung kepada kanak-kanak itu didapati menggunakan kad pengenalan Noraini Izzati Abdullah untuk melahirkan anak.

“Kanak-kanak ditahan di wad bersalin Hospital Ampang dan pihak kami menyelamatkan kanak-kanak ini dan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

“Sejak itu, perempuan yang menampilkan diri sebagai ibu kandung kanak-kanak berkenaan sudah dua kali hadir ke pejabat untuk menuntut kanak-kanak tetapi tidak mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan selepas itu, ibu kanak-kanak gagal dihubungi,” katanya. – BH Online

Tags: ibu kandungJKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd