• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pecah Botol Arak, Jamal Didenda RM400

oleh Ahmad Albab
11/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebanyak RM400 kerana memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini, tahun lepas.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengenakan hukuman itu selepas Jamal, 48, yang hadir ke mahkamah memakai sut lengkap hitam, menukar pengakuannya kepada bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan Jamal yang dikawal ketat oleh 20 pegawai dan 40 anggota polis, dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Bekas calon ketua pemuda UMNO itu yang sebelum ini menghilangkan diri sejak sebulan lepas sebelum ditangkap Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) di Jakarta Selatan pada 2 Julai lalu, membayar denda tersebut.

Pada 25 Mei lepas, Jamal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan SUK pada 5 Oktober tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.

Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli mengendalikan pendakwaan sementara Jamal diwakili peguam Datuk Mohd Imran Tamrin. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunosmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd