KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tidak mempunyai maklumat mengenai laporan bahawa Jho Low dipercayai sudah ditahan di China.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menghantar notis merah bagi menahan ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu kepada Interpol pada 11 Jun lalu. – BHOnline