• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singkir Pasukan Ke-11 Liga Premier Ke Liga FAM

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan yang menamatkan saingan di tangga ke-11 atau tangga terakhir dalam saingan Liga Premier musim ini akan disingkirkan ke Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

Malaysian Football League (MFL) dalam kenyataan memaklumkan Lembaga Pengarah MFL yang bermesyuarat pada 27 Jun lepas membuat keputusan untuk terus mengekalkan penyertaan 12 pasukan pada musim depan bagi menjamin konsistensi bilangan pasukan yang dipromosi dan diturunkan sepertimana dilakukan sebelum ini serta bagi memelihara tahap daya saing yang lebih kompetitif bagi Liga Premier.

“Keputusan ini juga diputuskan bagi mengelakkan penurunan kualiti sedia ada dalam 100PLUS Liga Premier Malaysia jika jumlah pasukan yang dipromosi ke 100PLUS Liga Premier Malaysia tidak diselaraskan,” demikian menurut MFL.

Untuk rekod, Kuantan FA digugurkan daripada saingan Liga Malaysia pada 20 April lalu setelah gagal menghadirkan diri untuk aksi Liga Premier menentang Polis Diraja Malaysia pada 15 April lepas di Stadium Shah Alam.

Pengguguran wakil kelab Pahang berkenaan menyaksikan hanya 11 pasukan meneruskan saingan Liga Premier musim ini.

MFL memaklumkan mereka masih mengekalkan format sama dengan dua pasukan yang mara ke final Piala FAM, musim ini akan dinaikkan pangkat beraksi dalam saingan Liga Premier 2019. – BERNAMA

Tags: Liga Premiersaingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Pembuka Musim EPL Sabtu Ini

09/08/2018
0

LONDON - Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2018/2019 akan bermula, awal pagi Sabtu ini dengan Manchester United memulakan kempen...

Liga Premier: P.Pinang Kembali Raih Kemenangan

26/06/2018
0

BATU KAWAN – Pulau Pinang menghidupkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran saingan Liga Premier selepas mengatasi Polis Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd