Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Mahathir, Abe Adakan Mesyuarat...

TOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat dua hala dengan...

Doping: Chong Wei Menanti...

PERJALANAN masa menyaksikan 2014 telah pun berlalu bagi memberi ruang buat tahun 2015...

Nasib 3 Pemain Ditentukan...

NILAI - Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian...

Tanpa Tangan, Lelaki Masih...

IA merupakan sesuatu yang amat menyentuh hati. Bayangkan tanpa kedua-dua tangan, Chen Xinyin...

Liga Premier: P.Pinang Kembali Raih Kemenangan

BATU KAWAN – Pulau Pinang menghidupkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran saingan Liga Premier selepas mengatasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 pada aksi tunggal liga di Stadium Negeri, di sini, malam ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Kumbang naik dua anak tangga ke kedudukan ke-10 carta Liga Premier dengan kutipan 15 mata setelah beraksi 15 perlawanan setakat ini.

Kekalahan itu, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan PDRM yang masih menghuni tangga ketiga liga dengan kutipan 25 mata setelah mengharungi 16 perlawanan.

Pada aksi berkenaan, Shahurain Abu Samah meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-11 perlawanan, sebelum Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan untuk Pulau Pinang pada minit ke-25.

Selang lima minit kemudian, pasukan tuan rumah mendahului perlawanan menerusi jaringan Mohd Fitri Shazuan Raduwan dan keputusan 2-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.


Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling berbalas asakan, namun nasib lebih menyebelahi Pulau Pinang yang meraih gol ketiga menerusi Mohd Faiz pada minit ke-61 dan keputusan 3-1 itu kekal sehingga tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Muhammad. – BERNAMA

Kategori