Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

“Doktor Kita Dipikat Tawaran...

JOHOR BAHRU - Malaysia bakal 'kehilangan' beratus doktor serta jurururawat berikutan tindakan beberapa...

Sesi Persekolahan Tingkatan 5,...

LABUAN - Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju untuk membuka semula sekolah di Wilayah Persekutuan...

Ayat Al-Quran Berkumandang Di...

KUALA LUMPUR - Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur (MJSASKL) hari ini...

Isu Cikgu Cadang Murid...

Semalam, isu seorang guru di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah yang didakwa...

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia susut kepada empat bulan terendah semasa ditutup hari ini, terjejas akibat prestasi lemah pada penanda aras pasaran niaga hadapan Tokyo, Shanghai dan Singapura, kata seorang peniaga.

Pasaran  saham dan komoditi global terus menyaksikan  kerugian yang berterusan apabila para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga sebelum tarikh penentu tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas produk China berkuatkuasa pada 6 Julai ini.

“Harga  getah juga menerima tekanan berikutan penyusutan harga  komoditi lain seperti minyak mentah selepas kenyataan Presiden Presiden Donald Trump dalam Tweeter yang menuntut Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan harga minyak mentah,” katanya lagi.

Pada 12 tengah hari, harga fizikal rasmi  Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 jatuh 11.5 sen kepada 515.5 sen sekilogram dan lateks pukal berkurangan sebanyak 10 sen kepada 417.5 sen sekilogram.


Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 merosot tiga sen kepada 521.5 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 4.5 sen kepada 418 sen sekilogram.-BERNAMA

Kategori