• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Felda Sedia Bantu Selesai Isu Hutang Peneroka

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) bersedia membantu kerajaan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam mencari penyelesaian isu hutang peneroka yang didakwa mencecah purata RM100,000 seorang.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata isu hutang peneroka itu perlu ditangani segera memandangkan ia juga antara janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibuat Pakatan Harapan (PH) kepada warga Felda.

“Perkara ini perlu dimulakan dengan semakan jumlah sebenar keseluruhan hutang peneroka oleh Felda…apabila dapat jumlah sebenar barulah kerajaan (PH) akan dapat laksanakan janji 100 hari (pentadbiran) mereka.

“Ini merupakan tanggungjawab Felda dan MPNF untuk sama-sama selesaikan isu hutang peneroka dan selepas janji itu ditunaikan kerajaan, satu mekanisme perlu dilaksanakan agar hutang peneroka dapat dikecilkan serta projek tanaman semula tidak lagi menjadi beban kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perjumpaan pertama dengan pihak pengurusan Felda di Menara Felda, di sini, hari ini yang juga dihadiri Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Muhammad Fadzil Hasan dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 Felda Jamaluddin Ahmad.

Turut hadir Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF) Fakrurrazi Habib, Presiden Majlis Belia FELDA (MBFM), Mohd Fadzli Hassan dan Sekretariat Majlis Permuafakatan NGO FELDA, Ridhuan Esa.

Dalam pada itu, Mazlan berkata pada mesyuarat itu, pihak pengurusan Felda juga telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan isu Perumahan Generasi Baru Felda yang terbengkalai.

“Angka rasmi sebanyak 8,314 buah rumah sedang dibina dan ada rumah yang telah siap tetapi terdapat isu-isu teknikal seperti Indah Water Konsortium, api, air dan sebagainya.

“Namun kami difahamkan sebanyak 1,234 buah akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini,” jelas Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK). – BERNAMA

Tags: HutangPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd