• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Desak Kerajaan PH Henti Terus Projek ECRL

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan alam sekitar hari ini mendesak kerajaan Pakatan Harapan supaya menghentikan terus pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Lembah Klang ke Pantai Timur kerana didapati meninggalkan kesan serius kepada alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata ia bukan sahaja akan menjejaskan alam sekitar tetapi turut mengancam habitat pelbagai hidupan liar di sepanjang kawasan yang terlibat.

“Projek laluan sepanjang lebih 600 kilometer ini bukan sahaja akan membebankan dengan kos hutang yang tinggi terpaksa ditanggung oleh rakyat, tetapi dalam masa yang sama juga ia akan menjejaskan lebih 12 hutan simpan kekal yang terletak di sepanjang laluan.

“Mengikut laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) pihak konsultan sendiri, jajaran awalnya akan melibatkan pembersihan lebih 2,000 hektar hutan dan menyebabkan fregmentasi yang serius.

“Setelah kajian lapangan dilakukan semula hanya 357 hektar kawasan hutan simpan kekal yang terlibat, namun ia masih tidak membantu untuk atasi masalah ini,”katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan ECRL di Kilometer 55. 2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Lawatan tersebut turut disertai oleh pimpinan persatuan NGO yang lain seperti Malaysia Nature Society, Malaysia Environment NGO (Mengo), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Haiwan Malaysia, Hiking and Camping Around Malaysia (Hacam) dan Pertubuhan Rakan Alam Sekitar Malaysia (Grass).

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik pembinaan projek sebelum ini menerima arahan daripada Menteri Kewangan untuk menggantung kerja pembinaan dan perkhidmatan yang ditetapkan dalam kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) untuk projek berkenaan.

Ia berikutan kos pembinaan projek berkenaan yang dilaporkan mencecah belanja RM81 bilion selepas mengambil kira kos pengambilan tanah, faedah, yuran dan kos operasi lain berbanding kos sebelum ini RM66 billion.

Sementara itu pegawai lapangan SAM Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata walaupun kajian EIA telah dilakukan namun ia hanya melibatkan kawasan hutan simpan kekal dan tidak meliputi kajian terhadap kawasan paya bakau yang turut terjejas dengan projek berkenaan.

“Kajian hanya menyentuh tentang langkah pemuliharaan di kawasan hutan biasa dengan membina terowong dan jambatan supaya pergerakan hidupan liar tidak terganggu, tetapi bagaimana pula kesannya di kawasan hutan berpaya berpaya.

“Apa langkah pemuliharaan yang dilakukan untuk memulihara habitat di kawasan itu,”katanya.

Menurutnya antara kawasan yang terjejas ialah Hutan Simpan Kekal Kuala Paka yang dikelaskan sebagai hutan perlindungan, hutan paya di Kuala Kemaman, dan laluan jajaran Bukit Besi. – BERNAMA

Tags: batalProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Alan Walker Umum Konsert Esok Batal

Alan Walker Umum Konsert Esok Batal

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR: Konsert Walkerworld Tour 2024 yang sepatutnya dijayakan pemuzik EDM terkenal, Alan Walker di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd