• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Darjah 2 Juara Pertandingan Matematik Antarabangsa

oleh
30/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Walaupun baru berusia 8 tahun, adik Reeno Chin telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan matematik peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu.

Reeno pelajar darjah dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani di sini dinobatkan sebagai ‘Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition’ apabila menewaskan lebih 1,200 peserta dari 20 negara seluruh dunia.

Wong Pui Si, 41, ibu kanak-kanak pintar itu berkata anak bongsu daripada dua beradik itu mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun.

“Dia seperti kanak-kanak biasa yang ada masa bermain dan ada masa belajar, namun saya tidak pernah memaksa beliau membuat latihan matematik.

“Cuma saya hadkan masa untuk mereka berhibur, di rumah saya tiada televisyen hanya ada radio dan komputer atau permainan video boleh main sebulan sekali sahaja,” katanya kepada pemberita ketika membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri Dr Abdul Aziz Bari di sini hari ini.

Menurut suri rumah itu, kejayaan Reeno yang mempertahankan gelaran ‘Grand Champion’ kali ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Ketika di Moscow beliau demam panas, muntah dan cirit-birit tetapi beliau masih mahu meneruskan pertandingan dan berjaya memenanginya selepas menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang lima minit,” katanya.

Wong turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi tajaan sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan anaknya di Moscow.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong inisiatif ibu bapa yang mahu mengetengahkan bakat anak-anak mereka dalam apa jua bidang termasuk seni dan sukan.

Pada pertemuan itu, Abdul Aziz menyerahkan insentif sebanyak RM500 kepada murid pintar terbabit. – BERNAMA

Tags: matematikmurid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd