• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Minta Jangan Sensasikan Isu Agama

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta agar pihak yang berkenaan tidak mensensasikan isu mengenai agama di negara ini.

Beliau berkata tindakan mereka itu semata-mata bertujuan merendahkan kredibiliti serta mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya kerajaan perlu menjaga sensitiviti berhubung kebebasan beragama kerana Islam tidak memaksa penganut agama lain selain termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang Islam adalah agama Persekutuan manakala agama lain bebas diamalkan.

“Saya minta jangan disensasikan dan saya sudah menjelaskan kenyataan saya mengenai hifzal-din (menjaga agama) dan perkara itu tidak perlu lagi saya jelaskan.

“Malangnya masih ada pihak yang menggunakan isu itu yang seolah-olah saya melakukan dosa besar kononnya saya menyamaratakan agama,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 40 fakir miskin di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini yang mendesak agar Mujahid memberi jawapan berhubung kenyataan ‘menjaga agama’.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata agama lain perlu dihormati serta tidak boleh dianiaya, ditindas dan didiskriminasi kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 3, 11 dan 8.

Beliau juga tidak menolak isu tersebut akan dibangkitkan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis yang sedang berlangsung.

Sementara itu, Mujahid berkata kerajaan menyokong saranan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) agar sidang Parlimen yang sedang berlangsung membawa usul tergempar mengenai keadaan di Syria, Palestin dan Rohingya.

“Saya fikir tidak susah untuk membawa isu itu untuk dibahaskan di Parlimen dan selepas itu kerajaan boleh mengeluarkan kertas putih sebagai pendirian kerajaan terhadap isu berkenaan,” katanya.

Semalam, Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid dilaporkan menggesa kerajaan Malaysia menyatakan pendirian berhubung isu tersebut menerusi usul tergempar di Parlimen. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd