• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motor Bergesel, Dua Maut, Dua Lagi Cedera

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taman Belimbing dekat Jitra, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, mangsa yang maut ialah Nur Tasnim Batrisyia Suhaimi, 9, dari Kampung Bukit Choras, Kota Sarang Semut, Alor Setar dan Ahmad Yahaya, 51, dari Kampung Keda Desa Malau, Jitra.

Beliau berkata siasatan mendapati Nur Tasnim Batrisyia bersama adik perempuannya, 7, membonceng sebuah motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 17 tahun telah bergesel dengan motosikal yang ditunggang Ahmad, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

“Kedua-dua motosikal yang datang dari arah sama telah bergesel sebelum terjatuh di kanan jalan dan pada masa sama sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 51 tahun dari arah sama tidak dapat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, Nur Tasnim Batrisyia maut di tempat kejadian manakala Ahmad meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Ismail berkata pemandu kereta yang juga kerani di sebuah sekolah memandu tidak mengalami sebarang kecederaan, membuat laporan polis di Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kubang Pasu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: mautPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd