• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Hanipa Sedar Dan Stabil

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga JPM pagi tadi, telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.

Pegawai medianya, Anas As-Said Zaharuddin ketika dihubungi Bernama berkata Mohamed Hanipa, 49, masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.

“Doktor masih membuat pemeriksaan mengenai punca beliau rebah. Saya akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Anas As-Said turut memohon kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Mohamed Hanipa.

Dalam kejadian pada kira-kira 8.40 pagi tadi, keadaan bertukar kecoh ketika Tun Dr. Mahathir sedang berucap apabila Mohamed Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh daripada pentas.

Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mohamed Hanipa yang bertanggungjawab dalam undang-undang adalah antara tiga Timbalan Menteri di JPM yang baharu mengangkat sumpah pada 2 Julai lepas.

Pada 4 April 2016, Mohamed Hanipa pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila didapati pengsan ketika persidangan Dewan Rakyat.

Menurut laporan media, Mohamed Hanipa menjalani pembedahan selepas kejadian itu berikutan pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi. – BERNAMA

Tags: Mohamed Hanipa Maidinpengsan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

05/10/2025
0

TEMERLOH: "Suami memang suka panjat pokok, bukan sebab kerja (petik buah kelapa) tapi sebab minat," kata Fatimah Muhammad, 67, isteri...

OKT Kes Dera Kanak-Kanak Pengsan Dalam Mahkamah

22/04/2022
0

GEORGETOWN : Galeri Mahkamah Sesyen Jenayah 2 di sini, hari ini dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang juga orang kena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd