• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Sedia Semak Semula Akta Peruntukan Negeri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedia mempertimbangkan cadangan supaya menyemak semula akta-akta yang tidak lagi sesuai atau relevan berkaitan pengagihan peruntukan kewangan yang diberikan kepada kerajaan negeri.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata memang menjadi dasar kerajaan baharu untuk memastikan semua kerajaan negeri mendapat layanan yang adil dan pada masa yang sama meningkatkan urus tadbir yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus.

“Cadangan untuk menimbang peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri tertakluk kepada Perkara 109 (1) (Pemberian kepada Negeri) Perlembagaan Persekutuan. Sebarang cadangan perlu dibawa kepada Majlis Kewangan Negara untuk rundingan.

“Saya bersetuju dengan pandangan tentang perlunya kita melihat semula dan dalam aspek ini kerajaan persekutuan rela menimbang cadangan-cadangan yang disyorkan,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PH-Jerlun) mengenai cadangan untuk menilai semula hubungan kewangan dengan kerajaan negeri berkaitan perkongsian hasil kutipan cukai.

Lim turut memberitahu persidangan dewan bahawa bagi 2017, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan dana sebanyak RM6.9 bilion kepada 13 kerajaan negeri termasuk pemberian penyelenggaraan jalan negeri dan pemberian kekurangan akaun mengurus.

Sementara itu, hutang-hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat sehingga April tahun ini berjumlah RM17.64 bilion. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: MOFperuntukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Peruntukan Untuk Kepentingan Rakyat Bukan Rasuah Politik – Mujahid

Peruntukan Untuk Kepentingan Rakyat Bukan Rasuah Politik – Mujahid

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa peruntukan pembangunan kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd