• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modal Kempen Calon BN Kurang ‘Kenegerian’

oleh
24/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmah Mughni menyifatkan modal kempen Datuk Lokman Noor Adam ‘kurang kenegerian’ kerana dilihat lebih mengetengahkan isu nasional bagi hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Beliau berkata calon BN itu sepatutnya faham bahawa PRK DUN adalah berkaitan negeri dan nasib serta masalah rakyat setempat yang harus diambil kira.

“Disebabkan itu, keutamaan kempen saya adalah untuk melihat kepada isu tempatan yang libatkan perkara asas seperti infrastruktur serta pembangunan modal insan supaya rakyat dapat kehidupan lebih sejahtera dan selamat,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Mohd Zawawi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang mengatakan kempen Lokman Noor lebih tertumpu kepada isu nasional seperti dakwaan penutupan pusat tahfiz, penjelasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kritikan terhadap manifesto Pakatan Harapan.

Sebagai anak tempatan, beliau berkata jika diberi mandat sebagai wakil rakyat di Sungai Kandis kelak, fokus utama yang akan diperjuangkan adalah membentuk satu komuniti selamat menerusi program berkaitan seperti mana yang dilaksanakan di kebanyakan kawasan di negara-negara maju.

Tambahnya, langkah tersebut disifatkan sebagai fokus masa depan bagi menjamin keselesaan dan memastikan tahap keselamatan yang baik kepada penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya merupakan kawasan desa.

Selain Lokman, Mohd Zawawi bakal ditentang calon Bebas, K. Murthy pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Dalam pada itu, Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun itu yakin dengan perpindahan undi penyokong PAS kepada beliau pada PRK tersebut berdasarkan maklum balas yang diterima hasil jelajah kempennya sejak semalam.

Beliau turut menolak dakwaan pihak tertentu terutama beberapa pemimpin parti Islam itu yang mengatakan perpindahan undi tersebut tidak mungkin akan berlaku.

“Saya ada mengunjungi bekas calon PAS yang bertanding di DUN Sungai Kandis pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) lepas dan beliau secara terbuka mengatakan akan mengundi saya serta turut mengajak semua anggota keluarganya membuat perkara sama,” katanya.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76). – BERNAMA

Tags: Zawawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahmad Zahid Bakal Pengerusi PAC?

Next Post

Sarawak Masih Tunggu Penjelasan Lanjut Royalti

Related Posts

Calon PKR Selar Kempen Kotor BN Cuba Cemar Peribadi

02/08/2018
0

SHAH ALAM - Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni...

Zawawi Buat 2 Laporan Polis Dakwaan Fitnah

31/07/2018
0

KLANG - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis daripada PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni hari...

Next Post

Sarawak Masih Tunggu Penjelasan Lanjut Royalti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd