• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi ‘Hidup Mati’ Kelantan Di Larkin Malam Esok

oleh
19/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelantan berdepan misi ‘hidup mati’ ketika pasukan itu sedaya-upaya berusaha untuk keluar daripada zon penyingkiran apabila bertemu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah berkata pasukannya tiada pilihan selain mengutip tiga mata walaupun skuad Harimau Selatan itu berada dalam ‘suasana gembira’ untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat musim kelima berturut-turut di hadapan penyokong mereka.

“Kemenangan Negeri Sembilan ke atas Selangor semalam memberi tekanan kepada kami untuk mendapatkan mata sekurang-kurangnya mengejar kedudukan ke-10 dan dalam masa sama kami tidak mahu tercicir ke kempen Liga Premier musim depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelantan kini terikat 15 mata dengan Negeri Sembilan, namun menghuni tangga tercorot berdasarkan perbezaan jaringan dan wajib menang tiga perlawanan sambil mengharapkan Selangor serta Kuala Lumpur tewas dalam baki aksi terakhir mereka.

Yusri berkata walaupun berdepan tugas sukar, beliau dan pemainnya perlu berfikiran positif bagi memperoleh mata di tempat lawan malam esok.

“Secara realiti, JDT dilihat mempunyai kelebihan besar untuk meraih tiga mata namun selagi belum berakhir 90 minit perlawanan, saya fikir masih ada peluang buat Kelantan.

“Jadi, saya harap semua pemain lebih bermotivasi dan ambil peluang ini, ia nampak terlalu sukar bila bermain di Larkin bagi mana-mana pasukan tetapi tidak mustahil untuk menang,” katanya.

Katanya, beliau akan mempertaruhkan kesebelasan sama yang diturunkan dalam dua pertemuan terdahulu untuk menyaingi kehebatan skuad JDT.

“Kehadiran semula dua tonggak muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Mohd Syaiful Alias yang membantu skuad bawah 19 tahun negara merangkul kejuaraan Piala AFF di Indonesia, minggu lalu, menyuntik kekuatan kepada pasukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: TRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan

19/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd