• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Kabinet Minggu Ini Masih Diadakan Esok

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Mesyuarat kabinet kerajaan bagi minggu ini tetap akan diadakan esok, walaupun sebelum ini telah diputuskan bahawa ia diubah ke hari Jumaat ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Perkara itu disahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub yang menerima makluman petang tadi mengenai mesyuarat itu yang akan diadakan di Putrajaya.

“Kita sudah putuskan minggu depan mesyuarat kabinet akan diadakan Jumaat, tapi petang tadi dapat arahan esok masih lagi di Putrajaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mesyuarat itu tidak dapat diubah kepada hari Jumaat minggu ini termasuk keperluan untuk meneliti dokumen-dokumen tertentu esok.

Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan bahawa mesyuarat mingguan kabinet yang kebiasaannya diadakan pada hari Rabu diubah ke hari Jumaat ketika mesyuarat Dewan Rakyat sedang bersidang.

Ia susulan kritikan pembangkang mengenai ketiadaan menteri dan timbalan menteri di dalam dewan ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong sedang berlangsung, minggu lepas.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kerajaan akan menentukan sama ada timbalan menteri perlu menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat esok, ketika menteri menghadiri mesyuarat kabinet yang bermula pukul 2.30 petang hingga 5 petang.

Beliau berkata tidak timbul isu mengenai ketidakhadiran menteri ketika persidangan Dewan Rakyat jika menghadiri mesyuarat kabinet, kerana kedua-duanya berkaitan dengan soal pentadbiran negara. — BERNAMA

Tags: Salahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd