• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Merlin Magic Making I-Park Jadi Hab Lego Asia Baharu

oleh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Merlin Magic Making (MMM) Studios I-Park, Indahpura menjadi hab Asia bagi model LEGO yang baharu di rantau ini, selepas pengenalannya di Gelang Patah pada Januari 2009.

Pengarah Produksi MMM Tim Burnell berkata studio baharu itu, yang terletak di lokasi strategik dan disokong oleh ramai pekerja tempatan, merupakan platform terbaik untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat bagi model LEGO di rantau Asia dan memenuhi keperluan pembangunan LEGOLAND Malaysia Resort.

“Studio itu telah diperluaskan untuk menampung sehingga 70 pekerja, yang kebanyakannya pereka model LEGO, yang hasil kerjanya telah meluas ke seluruh dunia hingga ke LEGOLAND Dubai dan LEGOLAND Jepun.

“Ini akan memberi kami platform untuk memenuhi semua dan mana-mana produk yang berkaitan dengan LEGOLAND berikutan kami telah berada di sini (Johor) sejak sembilan tahun lalu.

“Studio tersebut telah melahirkan ribuan model dan bangunan ikonik yang terkenal di rantau ini,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan majlis perasmian MMM Studios I-Park yang baharu di sini hari ini.

Burnell berkata majlis itu menandakan MMM bersedia untuk beberapa projek yang akan datang, termasuk membuat model bangunan untuk LEGOLAND New York, LEGOLAND Discover Centre (LDC) di Beijing, LDC di Hong Kong, dan SEA LIFE Malaysia – LEGOLAND Malaysia.

“Apa yang kami lakukan di sini sebenarnya membawa sesuatu dari dunia nyata dan menjadikannya kepada LEGO dan itu memerlukan banyak pengalaman dan kemahiran kerana kami juga perlu tahu jenis bangunan yang boleh kami lakukan, jenis bangunan yang orang ramai mahu lihat.

“Dan akhirnya, membezakan jenis bata yang akan kami gunakan kerana kami mempunyai banyak jenis elemen dan bentuk bata.

“SEA LIFE Malaysia, misalnya, merupakan tambahan lain yang akan kami buka pada akhir tahun ini dan ini menarik kerana, anda akan mempunyai LEGO yang dibina mengikut SEA LIFE sendiri dan dari aspek lain, anda mempunyai ikan.

“Dan anda perlu menggabungkan kedua-duanya dan anda perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa bahagian yang akan berada dalam air,” katanya.

Sementara itu, pereka model LEGO Siti Fatimah Ibrahim, 35, berkata bekerja di LEGOLAND telah memberi peluang kepada beliau untuk menghasilkan seni yang telah digunakan di seluruh dunia untuk peminat LEGOLAND menghargainya.

“Semasa saya memohon pekerjaan ini, saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan. Bagaimanapun, selepas saya mengetahuinya dan menjalani latihan dan ujian, ia menjadi seronok di tempat kerja pada setiap hari kerana saya suka memasang barang dan berbangga apabila orang di seluruh dunia menghargai kerja yang kita lakukan.

“Saya telah bekerja di sini sejak 2009 dan telah terlibat dengan lebih 500 projek dan antara projek utama ialah bangunan Tabung Haji di Johor Bahru, selain Masjid Sultan Abu Bakar,” katanya.

Siti Fatimah juga antara enam pekerja pertama MMM semasa LEGOLAND Malaysia mula dibuka pada 2009 dan kini, merupakan antara perintis bagi setiap projek yang dihantar ke studio.

Berkongsi keseronokan beliau adalah seorang lagi pereka model LEGO, Khadzlan Hairani Ali Omar, 33, yang tidak menjangka hobinya semasa kecil akan menjadi kerjaya beliau dan dibayar untuk melakukan apa yang beliau gemari.

“Saya telah lama bermain LEGO dan saya amat meminatinya, begitu juga keluarga. Semasa saya ditemu duga, mereka tidak menyebut mengenai tugas untuk jawatan ini dan ia merupakan impian yang menjadi kenyataan bagi saya.

“Membina LEGO mempunyai cabarannya sendiri, kita perlu melihat dari perspektif kanak-kanak. Kadangkala, kami perlu mencuba dan kami mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari,” katanya. – BERNAMA

Tags: Legoland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bella Sertai Kanak-Kanak Istimewa Dirai TMJ Di Legoland

16/05/2022
0

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyantuni kanak-kanak istimewa, termasuk seorang remaja perempuan 'sindrom...

Beijing Bakal Miliki Legoland

20/02/2022
0

BEIJING – Sebuah taman tema Legoland bakal dibuka di Beijing yang akan menjadi sebahagian daripada pelan bandar ibu negara China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd