• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Percepat Pembinaan Pasar Besar Kekal

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan berusaha mempercepatkan pembinaan pasar besar kekal di tapak lama bangunan Pasar Besar Melaka Sentral di sini kerana ia merupakan satu keperluan penting untuk rakyat khususnya di kawasan luar bandar yang bergantung pada pengangkutan awam.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bagi penilaian selanjutnya sebelum sebarang perancangan pembangunan baharu dapat dilakukan di tapak tersebut.

“Kita di peringkat Kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha mempercepatkan proses pembinaan pasar besar kekal di negeri ini kerana ia merupakan satu keperluan penting untuk rakyat negeri ini dan kemungkinan besar pasar ini akan kekal berhampiran Melaka Sentral iaitu di tapak lama.

“Ia kerana kewujudan pasar perlu selari atau dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam terutama untuk masyarakat luar bandar untuk kemudahan dan keselesaan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Besar Transit di Bachang di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew dan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee.

Sebelum ini media melaporkan semua peniaga di Pasar Besar Melaka Sentral diarahkan berpindah ke Pasar Transit di Jalan Tun Fatimah di Bachang di sini selepas Ikram mendapati terdapat pergerakan aktif tanah di bawah bangunan pasar tersebut yang boleh mengundang bahaya sekiranya pasar itu tidak dikosongkan dan diruntuhkan segera.

Pasar Transit bernilai RM10 juta yang dibina di tapak seluas 1.86 hektar itu mula beroperasi 1 Nov tahun lepas, menyediakan lebih 300 ruang niaga, 232 parkir kereta dan 219 parkir motosikal.

Mengulas lanjut, Adly berkata pihaknya menjangkakan perancangan pembangunan pasar baharu tersebut akan dapat dilakukan selewat-lewatnya awal tahun depan sekiranya Ikram dapat menyempurna dan menyerahkan laporan terperinci kajian pergerakan tanah di kawasan berkenaan dalam tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata kawasan seluas 0.8 hektar bersebelahan Pasar Transit berkenaan akan dijadikan parkir tambahan bagi mengurangkan isu kekurangan tempat meletak kenderaan untuk menampung kedatangan pengunjung di pasar tersebut.

“Parkir kenderaan merupakan salah satu isu utama di pasar ini dan kita jangkakan parkir tambahan tersebut akan dapat beroperasi pada Ogos ini. Selain itu, kita juga akan melihat dan membantu menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang berlaku di pasar ini seperti masalah perparitan dan sewa,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga ayam Hashim Bachik, 59, dari Durian Daun di sini berkata beberapa kemudahan asas di pasar berkenaan seperti tandas awam dan sistem perparitan perlu dinaik taraf atau diperbaiki untuk keselesaan pengunjung dan peniaga selain bagi memelihara isu kebersihan di premis tersebut.

Beliau berkata tandas awam yang dibina tidak dapat menampung keperluan pengunjung dan peniaga dalam tempoh satu-satu masa manakala sistem perparitan yang tidak mengikut spesifikasi menyebabkan laluan air tidak berjalan lancar sehingga menyebabkan takungan air di laluan gerai di pasar tersebut.

Seorang lagi peniaga ayam Ke Jok Kwee, 60, berkata parkir kenderaan yang terhad menyebabkan pasar berkenaan kurang dikunjungi pengunjung sekali gus menjejaskan hasil jualan dan pendapatan peniaga.

“Peniaga juga terpaksa bersaing dengan pasar raya berhampiran kerana kemudahan parkir percuma dan isu kesesakan lalu lintas perlu segera diatasi kerana ia menyebabkan pengunjung tidak gemar membeli belah di pasar ini,” katanya yang telah berniaga lebih 30 tahun. – BERNAMA

Tags: Melakapasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd