• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sukar Pulihkan Hubungan Dengan China?

oleh Haris
22/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMPEN memburukkan China dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu mula menyukarkan Malaysia dalam hubungannya dengan kuasa Asia itu.

Walaupun cuba mengimbangi China dengan Jepun dan Amerika Syarikat, China sebagai pelabur asing terbesar projek-projek infrastruktur sukar digantikan.

Hubungan yang sukar ini merupakan satu kesan yang paling besar dihadapi oleh Malaysia selepas pilihan raya 9 Mei lalu.

Ini kerana kempen pilihan raya lalu menggunakan istilah-istilah yang negatif dan telah menyebabkan Beijing berasa tidak selesa.

China sebelum ini disifatkan menurut stereotaip media Barat seperti mahu menjajah dan memerangkap negara Asia lain dengan hutang.

Pendekatan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya lalu dilakukan dengan tidak berhati-hati kerana terlalu kuat mengkritik China dan terlalu menurut skrip Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, rakyat yang terlibat mula melihat bahawa apa yang digambarkan semasa kempen pilihan raya lalu lebih kepada retorik.

Dalam projek keretapi Pantai Timur (ECRL), dilaporkan media Singapura baru-baru ini seramai lebih 1,000 orang warga tempatan kehilangan pekerjaan akibat pemberhentian kerja projek itu.

Syarikat China yang terbabit menerima arahan menghentikan kerja-kerja pada 3 Julai lalu, dan telah memberhentikan separuh daripada 2,250 orang pekerjanya.

Dilaporkan mereka yang diberhentikan kebanyakannya ialah warga Malaysia. Menurut syarikat itu, hanya 30 peratus pekerjanya warga asing.

Cerita ini jauh berbeza dengan dakwaan sebelum pilihan raya umum oleh (PH) yang memberi gambaran China memonopoli semua operasi termasuk membawa pekerja dari negara itu dan mengabaikan rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, Tun Daim Zainuddin, tokoh berpengaruh yang menjadi orang kanan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dihantar ke Beijing untuk berbincang dengan kerajaan negara komunis itu.

Mahathir sendiri berkata Malaysia akan berbincang dengan China tentang pelaburan di Malaysia, walaupun sebelum ini mengecam pelaburan China.

Sekiranya projek-projek China terdiri daripada ECRL dan pelbagai projek lain disekat dengan alasan yang tidak munasabah, hubungan dua hala Malaysia dengan China akan terjejas.

Malaysia bakal berhadapan dengan tindak balas China seperti yang diberi amaran oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Mynewshub.tv

Tags: ECRLTun Daim ZainuddinTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd