• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Memiliki Kadar Diabetes Tertinggi Di Asia

oleh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia setelah Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.

Beliau berkata kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

“Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak meunjukkan sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah , menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi,” katanya.

Beliau memberitahu Bernama ketika ditemui pada Persidangan dan Perbincangan Agung Komplikasi Diabetes ke-10 (DCOM 2018) di sini hari ini.

Justeru, kata Dr Mustaffa, diabetes merupakan satu daripada masalah kesihatan yang kenali sebagai pembunuh senyap.

“Justru, pada persidangan ini, pelbagai topik berkaitan aspek perubatan dan rawatan baharu untuk mereka yang menghidap diabetes akan dikemukakan bagi menangani masalah itu,“ katanya.

Sebanyak 11 pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia akan membentangkan topik masing-masing pada persidangan dua hari itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengamal perubatan. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd