• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Penasihat Ditubuh Bantu Kementerian -Yeo Bee Yin

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar akan menubuhkan sekurang-kurangnya  empat majlis penasihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang bagi membantu kementerian itu menjalankan peranannnya dengan berkesan.

Menterinya Yeo Bee Yin berkata majlis penasihat tersebut diperlukan kerana kementerian yang baru dibentuk semula itu merupakan kementerian yang melibatkan banyak perkara teknikal dan memerlukan pakar berkaitan.

“Saya bukan pakar dalam semua bidang, jadi perlu ada majlis penasihat. Malah, saya dan Timbalan Menteri (Isnaraissah Munirah Majilis), kedua-dua kami masih muda dan perlukan nasihat yang baik daripada pakar dalam setiap bidang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian dan Agensi, di sini hari ini.

Katanya majlis penasihat itu akan merangkumi antaranya bidang penjanaan tenaga elektrik; sains dan teknologi; perubahan iklim dan alam sekitar.

Beliau berkata pihaknya kini dalam peringkat pemilihan dan individu yang bakal dipilih bukan sahaja pakar dalam negara tetapi juga mereka yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa.

“Bagaimanapun, majlis ini tidak ada duit (peruntukan) jadi semua ini adalah semata-mata demi khidmat kepada negara.

“Kita hanya akan bayar pengangkutan, makanan dan lain-lain dan saya percaya ramai rakyat yang mahu menyumbang idea mereka kepada Malaysia Baharu terutamanya bagi mereka yang bersara dan ada pengalaman boleh serahkan resume mereka untuk kita pilih yang terbaik dan  jadi penasihat kami,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli agar kerajaan mengkaji semula keputusan menaikkan tarif elektrik ekoran pelarasan Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT), Yeo berkata perkara tersebut akan diteliti selepas beliau mendapatkan pencerahan lengkap daripada pihak berkenaan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis tersebut, Yeo berkata beliau akan cuba menerapkan tiga nilai dalam kalangan warga kementeriannya iaitu integriti, kecemerlangan dan fokus untuk masa depan.

Katanya integriti akan diterjemahkan melalui tender terbuka dan membuat laporan secara jujur dan berfakta kepada beliau.

Selain itu, Yeo mahu warga kementerian tersebut menunjukkan kecemerlangan dalam setiap tugas yang dilaksanakan serta memikirkan masa depan generasi akan datang dalam setiap keputusan yang dibuat. -BERNAMA

Tags: kementerianmajlis penasihatMajlis Penasihat Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

21/08/2024
0

PUTRAJAYA : Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian...

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd