• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Solat Jumaat Dan Ikuti Khutbah Khas Hari Pahlawan

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lebih 2,000 jemaah menunaikah solat Jumaat dan mengikuti khutbah khas bersempena sambutan Hari Pahlawan di sini, hari ini.

Perdana Menteri tiba di perkarangan Masjid Khalid Al Walid pada pukul 1.23 tengah hari dan disambut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Perdana Menteri bersama jemaah kemudian mendengar khutbah khas bertajuk ‘Pahlawan: Jasamu Sentiasa Di Hatiku’ yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Datuk Kamarudin Mamat.

Dalam khutbah khas itu, Kamarudin menyentuh mengenai pengorbanan dan perjuangan pasukan keselamatan untuk berjihad mempertahankan kedaulatan negara daripada diganggu serta dijajah.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu menghayati dan mengambil pengajaran daripada semangat kepahlawanan pejuang negara.

“Negara ini amat memerlukan rakyat berjiwa pejuang yang sanggup melakukan pelbagai pengorbanan demi membangunkan ummah dan negara tercinta ini,” katanya.

Solat Jumaat itu diimamkan pegawai agama Kem Kementah Mejar Mohd Nizam Tirmizi.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi mengenang jasa anggota pasukan keselamatan yang banyak berkorban untuk tanah air. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Kutuk Samakan LTTE Dengan Palestin

Next Post

SPR Terima Pemakluman Rasmi Kekosongan Kerusi DUN Balakong

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

SPR Terima Pemakluman Rasmi Kekosongan Kerusi DUN Balakong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd