• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akan Bincang Kontrak Projek Semasa Lawatan Ke China

oleh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontrak yang melibatkan projek antara Malaysia dan China akan menjadi agenda utama perbincangan semasa lawatan ke Beijing pada bulan depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kunjungan saya itu, pada dasarnya adalah susulan kepada lawatan yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin.

“Beliau telah membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan kontrak yang telah diberikan dan hakikat bahawa Malaysia tidak mampu membiayainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Dilaporkan bahawa Tun Daim, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) berada di China dalam usaha untuk merundingkan semula pinjaman dan kontrak yang dimeterai kerajaan sebelum ini dengan syarikat-syarikat China.

Semalam, Dr Mahathir berkata Tun Daim sedang berusaha merundingkan semula perjanjian yang menelan kos yang mahal dan sebahagian daripada wang itu bukan benar-benar diperlukan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu untuk meminjam terlalu banyak wang.

“Kita sedang berusaha untuk mengurangkan pinjaman wang, jika tidak negara akan muflis,” katanya.

Perdana Menteri berkata, semasa lawatannya beliau akan mempelawa syarikat China untuk datang dan melabur di Malaysia.

“Labur dalam kapasiti produktif di negara ini menggunakan buruh dan sumber Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd