• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Suspek Geng Pecah Rumah Tan Sri Mohd Isa Ditahan

oleh
27/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights, Nilai, Rabu lepas, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata kesemua suspek warga asing, masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berumur lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan di sekitar Nilai pada lewat petang hari sama (Rabu lepas).

“Kesemua suspek kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. Kita siasat kes ini daripada pelbagai sudut, sama ada mereka (suspek) ini terlibat secara langsung atau hanya bersubahat atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati rumah itu didiami anak dan cucu Mohd Isa serta agak terpencil dan menjadi sasaran penjenayah.

Beliau berkata ini adalah kes pecah rumah sama kali kedua, iaitu kejadian pertama berlaku pada Ogos 2013.

Dalam kejadian pada 4.55 pagi Rabu lepas, suspek disyaki tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan parang dan pisau serta memakai topeng telah memecah masuk rumah Mohd Isa mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,900.

Sementara itu, Datuk Mohamad Mat Yusop dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini adalah Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman, menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang akan mengambil alih tugasnya di Bukit Aman.

Majlis penyerahan tugas jawatan itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini dan disaksikan Noor Azam. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 Bersejarah – Gobind

Next Post

Pegawai Jabatan Perikanan Terbabit Rasuah Direman

Related Posts

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

10/07/2023
0

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu,...

Geng Pecah Rumah Dan Samun Tumpas

28/12/2018
0

PORT DICKSON - Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah, curi dan samun yang dikenali 'Geng Dini' ekoran penahanan tiga lelaki di...

Next Post

Pegawai Jabatan Perikanan Terbabit Rasuah Direman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd