• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ceroboh Kawasan Istana Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan ketika menceroboh kawasan Istana Bukit Serene, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata suspek ditahan pada jam 11.15 malam selepas memandu masuk Toyota Hilux ke kawasan istana.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 KK dan Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata statistik menunjukkan terdapat sembilan kejadian membabitkan pencerobohan kawasan istana di negeri ini sepanjang tahun lalu hingga semalam.

Berikutan itu katanya, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor memandang berat perkara ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menceroboh tempat-tempat diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

“Ia termaktub dalam Seksyen 8 akta sama yang mana tiap-tiap kesalahan mengikut akta ini boleh ditahan dan tidak boleh dijamin,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, mengikut Seksyen 9 akta sama, pihak penguat kuasa boleh menahan sesiapa sahaja jika perlu.

“Ia merangkumi ketika melaksanakan penahanan itu boleh berlanjutan sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Peruntukan undang-undang ke atas perbuatan menceroboh kawasan larangan katanya jelas menunjukkan kesalahan yang berat.

“Pihak penguat kuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan yang terbabit dalam kesalahan Akta Kawasan Larangan 1959,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: cerobohistana
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Kumpulan Penggodam Dakwa Ceroboh Sistem Papan Iklan Digital Di Malaysia, Beberapa Negara Lain

Kumpulan Penggodam Dakwa Ceroboh Sistem Papan Iklan Digital Di Malaysia, Beberapa Negara Lain

31/10/2026
0

MESIR - Kumpulan penggodam yang mendakwa bertanggungjawab menayangkan video lucah pada papan iklan digital di Mesir mendedahkan bahawa mereka turut...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd