• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurang Latihan Fizikal, Punca Jemaah Mudah Jatuh Sakit

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kurang latihan fizikal semasa di tanah air, di samping amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang meminum air adalah antara penyebab utama kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan jatuh sakit semasa di tanah suci.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Mohd Shaffari Marzuki berkata bagi musim haji 1439H, seramai kira-kira 1,600 jemaah yang majoriti berumur 60 tahun dan ke atas telah mendapatkan rawatan pesakit luar di pusat rawatan dan klinik-klinik maktab setakat ini.

“Walaupun kebanyakan jemaah kita bersemangat tinggi, saya rasa kemampuan fizikal itu masih perlu dipertingkatkan terutamanya semasa mereka berada di tanah air lagi.

“Kekurangan latihan fizikal, ditambah dengan amalan pemakanan yang tidak betul, mengakibatkan kebanyakan jemaah haji cepat merasa penat dan mengalami sakit-sakit sendi dan lutut apabila menunaikan ibadah di sini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pihak Tabung Haji (TH) telah menekankan aspek kepentingan kesihatan fizikal, mental dan sosial semasa sesi-sesi kursus yang dianjurkan di tanah air, namun kebanyakan jemaah terutama yang berusia 60 tahun ke atas dilihat masih perlu mempertingkatkan aspek kesihatan fizikal.

“Kebanyakan jemaah yang berusia 60 tahun ke atas ini juga sudah ada penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya, di samping tabiat merokok, menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit terutamanya dengan keadaan cuaca yang panas.

“Di Malaysia lagi kami sudah tekankan kepada para jemaah, sekiranya mereka mempunyai masalah seperti kencing manis atau darah tinggi, ia perlu distabilkan terlebih dahulu dengan amalan sihat seperti berjalan kaki selama 30 minit sehari,” kata Dr Mohd Shaffari.

Jemaah juga katanya telah dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan meminum air yang cukup, di samping melatih tahap ketahanan mental.

Sementara itu, Dr Mohd Shaffari berkata pasukan rombongan perubatan TH pada tahun ini mempunyai seramai 266 anggota perubatan yang terdiri daripada beberapa disiplin iaitu pakar-pakar, pegawai perubatan, doktor bidang pergigian, bahagian farmasi dan penyelidik makmal.

“Kami mempunyai tiga pusat rawatan di tanah suci, iaitu satu di Madinah dan dua di Makkah. Kami juga mempunyai khidmat panggilan kecemasan dengan kekuatan ambulans 20 buah,” katanya.

Beliau berkata pusat rawatan yang diberi nama Pusat Rawatan Syisyah ini akan menerima kes-kes yang dirujuk dari klinik-klinik maktab dan pusat kecemasan Janadriyah di pusat penginapan Abraj Al-Janadriyah sekiranya ada keperluan.

“Jika kita lihat pada statistik yang lepas, pesakit luar ini banyak melibatkan batuk dan selesema, selain masalah sendi dan sakit lutut akibat banyak berjalan dan juga penyakit kulit akibat cuaca panas.

“Untuk pesakit dalaman pula, rawatan yang kerap kami berikan adalah masalah berkaitan radang paru-paru dan penyakit jantung, masalah utama yang menyumbang kepada kematian jemaah semasa di tanah suci,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMakkah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd