• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Di Makkah

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Makkah dari Madinah kira-kira 1.00 pagi waktu tempatan (6.00 pagi waktu Malaysia) dan menerima sambutan meriah daripada petugas Tabung Haji (TH) di sini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kumpulan jemaah itu kemudian dibawa menunaikan umrah pada 6.00 pagi, selepas berehat seketika di bilik masing-masing.

“Alhamdulillah, seramai 478 jemaah haji daripada kumpulan pertama ini selamat tiba di Makkah menaiki 11 bas yang bertolak dari Madinah kira-kira 6.00 petang waktu tempatan.

“Kebiasaannya, waktu perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa empat hingga lima jam, namun setelah mengambil kira waktu berhenti rehat di kawasan RnR (rehat dan rawat) untuk makan dan bersolat, masa perjalanan boleh menjangkau hingga tujuh jam,” katanya yang ditemui semasa majlis sambutan jemaah haji KT01 di Maktab 74, hari ini.

Bagi perjalanan kumpulan pertama itu, beliau berkata jemaah mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk berhenti makan dan solat maghrib serta isyak di RnR yang ditetapkan pihak TH.

“Kita telah arahkan petugas terlibat untuk memeriksa setiap RnR di sepanjang lebuh raya dari Madinah ke Makkah dan memilih RnR yang terbaik dari segi kemudahan tempat makan serta kebersihan tandas,” katanya lagi.

Mengenai sambutan ketibaan jemaah haji di Makkah oleh petugas haji di sini, Syed Saleh berkata ia bergantung kepada cara dan perancangan pengurus maktab masing-masing.

“Mungkin caranya (sambutan) berbeza, tetapi Insya-Allah bakal haji kita akan disambut dengan baik oleh pengurus dan petugas di kesemua maktab apabila mereka tiba kelak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat seorang jemaah haji yang dibawa lebih awal ke Makkah berikutan masalah kesihatan, bagaimanapun jemaah itu terus dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan.

Setakat hari ini, sebanyak 20 penerbangan haji Malaysia selamat mendarat di Arab Saudi, membawa hampir 10,000 jemaah haji dari tanah air.

Kumpulan jemaah haji Malaysia yang terakhir dijadual tiba di Jeddah pada 15 Ogos. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMekah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Jerman Bila Menang, Jadi Pendatang Bila Kalah”

Next Post

Pinjaman Yen Jepun Kurangkan Kos Hutang Negara

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Pinjaman Yen Jepun Kurangkan Kos Hutang Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd