• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah 12 Remaja, Jurulatih Difilemkan

oleh
12/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT produksi filem Pure Flix mengumumkan rancangan untuk menghasilkan filem berdasarkan operasi menyelamat 12 remaja lelaki dan pembantu jurulatih pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand.

Rancangan itu diumumkan rakan kongsi syarikat itu, Michael Scott di akaun Twitter miliknya.

Scott yang menetap di Thailand berada di lokasi pasukan penyelamat di Chiang Rai ketika kesemua remaja itu diselamatkan.

“Saya berasa sangat teruja. Cerita ini amat bermakna bagi saya kerana berpeluang menyaksikannya sendiri di Thailand.

“Sebenarnya, isteri saya membesar bersama anggota unit SEAL tentera laut Thailand yang maut dalam gua itu.

“Peluang untuk melihat sendiri keberanian dan perjuangan mereka yang berada di dalam gua ini, hingga mereka semua berjaya keluar dengan selamat, sangat menyentuh hati.

“Malah, ia menjadi sesuatu yang amat peribadi kepada saya,” katanya dalam video yang dirakamkan di dalam gua, iaitu lokasi kejadian di Thailand.

Difahamkan, isteri Scott turut membantu proses pengebumian Saman Kunan, bekas anggota unit SEAL yang terkorban pada 6 Julai lalu, ketika membantu operasi memasang tangki oksigen di dalam laluan gua terbabit.

“Kami berharap filem ini mampu memberi inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

“Dan kami berada di sini, untuk menyaksikan sendiri peristiwa ini, mengumpul segala maklumat yang diperlukan, supaya dapat memberi laporan tepat mengenai usaha pihak antarabangsa, dari seluruh dunia untuk membantu menyelamatkan 12 remaja yang terperangkap dalam gua ini,” katanya.

Sementara itu, pengasas bersama Pure Flix, David A.R. White memberitahu The Wall Street Journal, bahawa syarikat itu sudah mengadakan perbincangan dengan pelakon dan penulis serta pelabur berminat untuk menerbitkan filem berkenaan.

Pure Flix bertanggungjawab menerbitkan trilogi ‘God’s Not Dead’ pada 2014 hingga 2018. – AFP

Tags: jurulatihremajaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd