• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Bungkus Makanan Ringan Diserbu JAIS

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebuah kilang pembungkusan makanan ringan di Puchong dekat sini diserbu oleh Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurus Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata serbuan yang dilakukan bersama dengan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Bahagian Hub Halal Jakim itu dilakukan selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna yang meragui status halal makanan ringan yang dibungkus oleh syarikat berkenaan.

“Serbuan kami ke atas kilang syarikat berkenaan pada hari ini mendapati syarikat itu bukan pemegang sijil halal Jakim, selain itu kilang berkenaan juga bertindak menggunakan logo halal palsu untuk mengaburi mata pembeli.

“Siasatan kami tentang produk di syarikat berkenaan mendapati ia dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan syarikat dari China yang diragui status halalnya, sample produk yang dirampas akan dihantar ke makmal bahagian Hab Halal Jakim untuk siasatan lanjut berikutan beberapa produk dari China yang dibungkus semula mempunyai kandungan gelatin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Wan Najmiah, susulan serbuan itu, pihaknya telah merampas kira-kira 20 jenis produk makanan ringan antaranya seperti gula-gula, jeruk buah dan coklat bernilai kira-kira RM14,000 serta mengarahkan syarikat berkenaan untuk menghentikan pengeluaran.

Katanya lagi, produk makanan ringan berkenaan dijual secara meluas di kedai-kedai runcit dan serbaneka di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

“Kami turut mengeluarkan arahan kepada pemilik syarikat berkenaan untuk hadir ke pejabat Jakim untuk memberikan keterangan.

“Kes disiasat mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan 2011 (perakuan & penandaan halal) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. – BERNAMA

Tags: JAISlogo halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

KPDN Serbu Kilang Sandwich Disyaki Salah Guna Logo Halal

KPDN Serbu Kilang Sandwich Disyaki Salah Guna Logo Halal

13/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu kilang yang membuat sandwich di Sunway Damansara, Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd