• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khianat Bilik Kaunseling Sekolah Dengan ‘Bom’ Mercun

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Cermin tingkap bilik kaunseling sebuah sekolah menengah berhampiran Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini rosak selepas dipercayai dilempar bahan letupan dibuat menggunakan mercun bola oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, bahan letupan itu dilontar dari luar pagar sekolah ke dalam bilik tersebut dan ketika ketika kejadian dipercayai hanya terdapat seorang guru dalam bilik berkenaan namun beliau tidak cedera.

Seorang guru, yang namanya tidak mahu disiarkan, berkata kejadian itu berlaku ketika sesi pembelajaran dan warga sekolah itu digemparkan dengan bunyi letupan kuat tersebut.

Beliau berkata sebaik terdengar letupan itu beberapa guru terus ke lokasi kejadian dan terkejut melihat cermin tingkap bilik itu pecah.

“Turut kelihatan, beberapa serpihan dipercayai mercun bola. Kami tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan itu dan percaya ia dibaling dari luar pagar sekolah yang terletak kira-kira 10 meter dari bilik berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. – BERNAMA

Tags: bilik kaunselingmercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas

Mercun Dan Dadah Bernilai Lebih RM400,000 Dirampas

23/01/2023
0

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan dadah bernilai kira-kira RM408,943 dalam dua serbuan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd