• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Warga Emas Singapura Bunuh Diri Meningkat

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan warga emas di Singapura yang berusia 60 tahun ke atas meninjukkan rekod yang membimbangkan.

Statistik yang didedahkan organisasi bimbingan sosial, Samaritans of Singapore (SOS) itu menunjukkan catatan 129 kes bunuh diri paca tahun lalu bagi golongan usia tersebut, iaitu yang tertinggi sejak tahun 1991.

Jumlah itu membentuk 36 peratus daripada 361 kes bunuh diri keseluruhannya di republik itu pada tahun 2017.

Pada tahun 2016, 123 kes warga emas membunuh diri dilaporkan.

“Kes warga tua yang memilih untuk membunuh diri sebagai jalan tunggal mengakhiri derita dan kepayahan mereka, adalah sangat membimbangkan. Sedangkan mereka sepatuitnya menikmati usia emas mereka,” kata Pengarah Eksekutif SOS Christine Wong.

Laporan SOS turut menyatakan, populasi yang semakin tua di Singapura bakal membawa lebih banyak cabaran kepada perkhidmatan sokongan sosial.

“Terdapat keperluan yang lebih kukuh bagi rangkaian sokongan memandangkan penduduk warga tua yang tinggal bersendirian di Singapura semakin bertambah,” ujar kenyataan SOS.

Tambah laporan itu lagi, warga tua di republik tersebut berdepan kesulitan hidup seperti berasa terpisah daripada jaringan sosial, bimbang diri menjadi beban kepada keluarga dan rakan-rakan, dan kemerosotan kualiti hidup seharian kerana cabaran fizikal serta mental.

Kesemua kebimbangan tersebut, jika tidak dikenal pasti dan dibimbing, akan membawa kepada kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri. – astroawani

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: bunuh diriwarga singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd