• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di Perak Berkurang Sejak Januari

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kes denggi di Perak menunjukkan penurunan ketara bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini dengan hanya mencatat 1,739 kes berbanding 4,318 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata empat kes kematian dilaporkan berbanding lapan kes dalam tempoh sama.

Katanya penurunan mendadak itu disebabkan kesedaran masyarakat selain usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani wabak tersebut.

“Apa yang boleh kami katakan, masyarakat sudah semakin peka tentang bahaya wabak denggi. Banyak kawasan yang sebelum ini berlaku kes denggi telah dibersihkan dan dijaga dengan baik.

“Bantuan daripada kerajaan negeri melalui pelbagai agensi terutama membabitkan aktiviti pencegahan seperti gotong-royong juga banyak dijalankan dan kami harap ia akan diteruskan daripada semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita sempena Program Gotong-Royong Mega anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Program yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man itu turut disertai kira-kira 500 penduduk dan kakitangan MBI.

Paul Yong berkata beliau telah mengarahkan semua PBT di seluruh Perak supaya menjalankan aktiviti gotong-royong dua kali setiap bulan bagi memastikan penurunan kes denggi berlaku secara berterusan.

Sementara itu, Zamri berkata 18 notis dihantar kepada pemilik lot kosong di sekitar Meru awal bulan ini kerana didapati tidak menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Katanya tindakan tegas akan diambil sekiranya pemilik lot berkenaan engkar dan tidak memandang serius hal berkenaan.

“Perkara ini perlu diambil maklum dan bagi saya hanya kesedaran dan kepekaan masyarakat sahaja yang boleh membasmi wabak ini daripada terus menular,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd