Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Handbag Termahal RM1.6 Juta...

HONG KONG - Tas tangan Hermes kulit buaya bertatahkan berlian dan dihias dengan...

Isu Yahudi, Zionis Di...

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberitahu akan memberi...

Foto Lelaki Cuba Muatkan...

SEKEPING gambar menunjukkan seorang lelaki sedang berhempas pulas memasukkan sofa ke dalam ruang...

Giggs Ucap Selamat Tinggal...

MANCHESTER - Ryan Giggs akan meninggalkan Manchester United untuk mencari peluang baharu dalam...

Kerja Berat Cabaran Cef Wanita

KOMITMEN bekerja enam hari seminggu selama 12 hingga 14 jam sehari antara faktor utama wanita tidak berminat berkecimpung dalam industri kulinari khususnya sebagai cef profesional.

Justeru, pembabitan wanita dalam industri kulinari masih rendah berbanding lelaki yang dianggap lebih cekap, teliti dan boleh melakukan pelbagai tugas.

Cabaran dalam bidang masakan memerlukan kerja berat, masa lama di dapur dan pelbagai cabaran lain sehingga meruntuhkan semangat wanita untuk bergelar cef dan bersaing dengan lelaki.

Cef Selebriti, Datuk Dr Redzuawan Ismail, berkata isu seperti ini biasa didengari sehingga menimbulkan percanggahan menarik kerana apabila berada di rumah aktiviti memasak lazimnya lebih dikaitkan dengan wanita.

Beliau yang dikenali sebagai Cef Wan, berkata situasi itu berbeza apabila lelaki mendominasi industri kulinari sama ada di warung, restoran terkemuka atau hotel bertaraf lima bintang.

“Bidang masakan di hotel atau restoran adalah tugas yang agak berat dan memerlukan tenaga yang kuat untuk memasak pelbagai jenis masakan dalam kuantiti banyak.

“Waktu kerja tidak menentu dan terpaksa melakukan kerja berat turut menjadi penyumbang kepada faktor industri perhotelan kekurangan cef wanita,” katanya dihubungi BH Online.

Cef Wan berkata, di sebalik tabir kerjaya sebagai tukang masak profesional memerlukan fokus dan komitmen enam hari seminggu selama 12 hingga 14 jam sehari.

“Ini yang membataskan ramai wanita untuk terus berkecimpung dan mengembangkan sayap kerana faktor kepentingan lain, khususnya bagi yang sudah berkeluarga.

“Cef juga perlu berdepan dengan komitmen dan juga tanggungjawab besar untuk mengendalikan dapur selain perlu mengangkat kelengkapan termasuk periuk belanga dan bahan berat.

“Bukan itu saja, cef juga perlu menguruskan persiapan promosi, merangka idea menu terbaru berurusan dengan pihak hotel, kedai, pengeluar dan sebagainya,” katanya.


Cef Wan berkata, antara punca wanita kurang menyerlah dalam dunia masakan kerana mereka lebih gemar berada di sebalik tabir dan memilih untuk memberi fokus kepada keluarga sudah dibina.

Katanya, persaingan itu membuatkan ramai wanita memilih untuk tinggalkan profesion ini dan memilih karier yang lebih sesuai dengan masa dan gaya hidup mereka lebih lagi bagi sudah berkahwin.

“Keadaan itu diibaratkan seperti pembaziran tenaga kemahiran kerana kelebihan wanita bagaimanapun terletak pada ketelitian mereka dalam segala hal.

“Wanita lebih gemar menggunakan deria, rumit dan berhati-hati untuk mencuba sesuatu masakan baru dan hasil sentuhan masakan mereka selalunya lebih menarik selera,” katanya.

Cef Wan berkata, berbeza lelaki gemar mengumpul pengalaman dan bersedia keluar menimba ilmu serta tidak takut untuk mencuba.

“Mungkin kerana kehidupan lelaki kurang terikat persekitaran membolehkan mereka mempelajari mengenai kelainan budaya masakan berbanding wanita, lazimnya komited dengan keluarganya.

“Sikap lelaki yang lebih kreatif, berani, petah dan mesra juga membuatkan mereka lebih mudah menyerlah dalam industri masakan lebih lagi untuk menjadi cef selebriti.

“Bahkan, siaran masakan di televisyen kini juga lebih banyak menonjolkan penampilan cef lelaki yang santai dalam mengacarakan program memasak,” katanya.

Kategori