• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rangka Formula Hapus Rasuah

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan sedang merangka formula terbaik dalam memastikan gejala rasuah yang berlaku di negara ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Beliau berkata sejak mengambil alih kerajaan pusat, pihaknya telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggubal undang-undang melibatkan rasuah dan merangka kaedah pentadbiran terbaik supaya dapat membanteras perbuatan rasuah.

“Ini bukannya langkah pertama, dan kami telah melakukan banyak kerja untuk mencegah rasuah di negara ini… kami akan berusaha habis-habisan untuk membanteras rasuah daripada berlaku di negara ini. Diharapkan kami sekurang-kurangnya berjaya pada tahap tertentu ke arah mencapai objektif itu,” katanya dalam sidang media selepas mengikuti taklimat GIACC di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu disertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri serta setiausaha politik dan hampir semua anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Taklimat itu bertujuan memberi pendedahan tentang pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan baharu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Kerajaanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd