Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

UiTM Kelantan Diberi Kuasa...

MACHANG - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan bakal diberi kuasa autonomi tahun...

Biadab! Ramai Muslim Murtad...

KUALA LUMPUR - Selepas netizen tempatan gempar dengan program iftar gay di ibu negara...

Harga Rumah Bagi Projek...

KUALA LUMPUR – Harga rumah bagi projek perumahan baharu dijangka turun sebanyak 10...

Bandar Di China Cipta...

PENGERUSI kontraktor ruang persendirian di Chengdu, China, baru-baru ini mendedahkan rancangan untuk melancarkan...

Kerajaan PH Hapuskan Semua Tanda 1 Malaysia

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) nampaknya takut betul dengan jenama 1 Malaysia yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanya beberapa hari selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan menguasai Putrajaya, kerajaan PH menjadikan prioriti menurunkan papan-papan tanda 1 Malaysia di pusat transformasi bandar (UTC) seluruh Malaysia.

Seolah-olah ini tugas paling penting kerajaan baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, belanja besar terpaksa dikeluarkan hanya untuk menghapuskan simbol tinggalan pentadbiran Najib.

Agenda menghapuskan memori bekas pemimpin negara itu diteruskan lagi dengan menjenamakan semula Klinik 1 Malaysia kepada klinik komuniti.

Pada Jun lalu, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata Klinik 1 Malaysia akan ditukar nama kepada Klinik Komuniti menjelang hujung tahun ini.

Malahan menurut beliau lagi, kerajaan PH bakal menutup beberapa klinik tersebut yang tidak menepati kriteria seperti jumlah pesakit.

“Bagi klinik yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan iaitu tidak meraih bilangan pesakit iaitu 50 pesakit orang sehari, ia akan ditutup.

“Sebagai rumusan, kementerian akan mengkaji semula operasi klinik itu mengikut lokasi dan keberkesanan perkhidmatannya,” kata Dzulkefly pada 27 Jun lalu.

Dalam usaha menamatkan nama Klinik 1 Malaysia, belanja baharu turut diminta untuk melaksanakan penjenamaan ini oleh Kementerian Kesihatan.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial notis-notis penutupan Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.

Notis penamatan perkhidmatan tersebut melibatkan Klinik 1 Malaysia di Damansara Damai, Seksyen 24 Shah Alam, Kelana Jaya; USJ 1 Subang Jaya dan Puchong Jaya.

Berdasarkan notis terbabit, tarikh penutupan bagi klinik berkenaan adalah antara 16 Ogos dan 1 September.

Ekoran kemarahan orang ramai, Kementerian Kesihatan segera menjawab isu itu dengan mengatakan arahan penutupan Klinik 1 Malaysia belum muktamad.


Terbaharu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri mempertimbangkan untuk menutup Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) atau “melaksanakan dua langkah lain”.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, “Saya sudah terima taklimat dari pegawai kementerian dan menemui pengusaha kedai rakyat, mereka juga sudah berikan maklum balas, namun saya memerlukan sedikit masa untuk buat keputusan.

“Keputusan hanya ada tiga, pertama sama ada akan memberhentikannya, kedua meneruskannya dan ketiga meneruskan dengan lakukan pengubahsuaian,” katanya seperti dipetik media.

Semua langkah ini dijangka tidak akan mengekalkan nama “1 Malaysia” seperti yang telah dimulakan sejak awal kerajaan PH berkuasa.

Seorang lagi menteri kerajaan PH, Zuraida Kamaruddin berkata projek perumahan dengan nama “1 Malaysia” akan dijenamakan semula, termasuk projek rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1 Malaysia, atau PR1MA.

Zuraida memburuk-burukkan projek perumahan ini dalam kenyataannya dan mengatakan kerajaan PH sedang melaksanakan penjenamaan semula projek sedia ada dan akan datang.

Sebelum ini Zuraida berkata projek-projek perumahan termasuk projek-projek perumahan 1 Malaysia dan Rumawip akan diletakkan di bawah kementeriannya.

Ironi kerajaan PH pernah berkata mereka konon tidak membalas dendam terhadap kerajaan terdahulu tetapi apa yang berlaku menunjukkan sebaliknya.

Bagaimana mereka mahu menafikan apa yang dilakukan bukan sebab dendam apabila menghapuskan simbol kerajaan sebelum ini menjadi satu prioriti sedangkan banyak hal lebih penting gagal dilaksanakan.

Mereka meneruskan banyak projek kerajaan terdahulu tetapi pada masa yang sama mengubah nama supaya pentadbiran Najib tidak mendapat kredit.

Ini semua dilakukan pada masa sama mereka menerangkan kepada rakyat yang segala masalah negara disebabkan oleh Najib, sehingga banyak janji mereka tidak dapat ditunaikan. – Mynewshub.tv

Kategori