• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Malaysia Tidak Jadi ‘Tong Sampah’

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah’ kepada sisa pepejal dunia susulan lambakan bahan buangan berkenaan ekoran tindakan China mengharamkan kemasukan sisa pepejal negara maju ke negara itu.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata bagi memastikan perkara itu, kerajaan mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan baharu bagi permohonan lesen import sisa pepejal, seterusnya membatalkan serta-merta lesen kesemua 114 pemegang lesen sebelum ini.

Katanya lesen berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pengusaha-pengusaha perlu memohon semula mengikut SOP dan kriteria baharu untuk pastikan tiada pelanggaran standard dan peraturan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) yang ingin tahu tindakan kementerian ke atas longgokan beribu tan sisa pepejal yang datang dari negara maju selepas China mengharamkan kemasukan sisa pepejal ke negara mereka.

Menurut Yeo, China telah mengharamkan kemasukan sisa pepejal ke negara mereka berkuat kuasa Januari lepas, justeru kebanyakan negara Barat mengeksport sisa pepejal mereka ke negara Asia lain.

Dalam hal ini, beliau berkata berdasarkan laporan ‘British National Audit Office’, Malaysia menjadi pengimport terbesar sisa pepejal plastik dari United Kingdom, dengan mengimport sebanyak 17 peratus daripada keseluruhan 250,000 tan sisa pepejal dari negara berkenaan hanya untuk tempoh suku pertama tahun ini.

Sebagai perbandingan, untuk tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak 40 peratus sisa pepejal plastik negara itu diimport China, kata Yeo.

“Kerajaan turut menubuhkan satu task force untuk mengkaji kaedah terbaik kawalan import plastik yang telah dihentikan.

“Kerajaan sedia maklum terlalu banyak sisa plastik berada di tempat berbeza sejak Januari tahun ini dan bersedia mengambil tindakan terhadap pengusaha-pengusaha yang cuba nasib memproses plastik ini secara haram dan akan membawa mereka ke mahkamah berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya. — BERNAMA

Tags: Sisa PepejalYeo Bee Yin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Polisi Moral Tidak Membayar Bil, Sebaliknya Hasil Pelancongan Dan Ekonomi’ – MP DAP

‘Polisi Moral Tidak Membayar Bil, Sebaliknya Hasil Pelancongan Dan Ekonomi’ – MP DAP

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Polisi moral tidak membayar bil, sebaliknya hasil pelancongan dan ekonomi yang berkembang pesat membayarnya. Demikian mesej Ahli...

Jamal Minta Maaf Fitnah Bee Yin

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd