• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Wanita Bincang Had Umur Minimum Kahwin

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan menyelaraskan perbincangan berhubung cadangan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun berbanding 16 tahun sekarang.

Setiausaha Politik kepada menteri berkenaan Rodziah Ismail berkata ini seiring dengan komitmen kerajaan berhubung isu itu seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga pada 2 Julai lalu.

Mesyuarat bagi membincangkan isu itu akan melibatkan pelbagai kementerian serta agensi selain perlu mencari keharmonian antara undang-undang Islam dan sivil, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Isu had umur minimum perkahwinan menjadi tumpuan masyarakat susulan laporan mengenai seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun mengahwini kanak-kanak warga Thailand berusia 11 tahun bulan lepas.

Isu itu tular di media sosial dan mencetuskan gesaan agar had umur minimum perkahwinan dinaikkan.

Menurut Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum untuk berkahwin bagi lelaki ialah 18 tahun manakala bagi perempuan 16 tahun dan sekiranya mereka bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.

Sementara itu, Rodziah menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan bawah umur adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, bukan kementerian berkenaan. – BERNAMA

Tags: had umur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Jurulatih EKK’ Paling Akhir Keluar, Janji Tertunai

Next Post

Timbalan Menteri Pendidikan Mahu SJKT Dibina Segera

Related Posts

18 Tahun Belum Boleh Mengundi Pada PRN Sarawak

02/12/2021
0

KUCHING : Kelayakan umur bagi pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pengeluaran Penuh KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun

27/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memberi jaminan kepada ahli bahawa tiada sebarang perbincangan diadakan mengenai...

Next Post

Timbalan Menteri Pendidikan Mahu SJKT Dibina Segera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd