• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kerja Raya Kaji Balik Semua Projek

oleh Cj Mnh
07/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU  MAUNG – Kementerian Kerja Raya akan mengkaji semula semua infrastruktur projek yang telah diluluskan sebelum ini bagi mengenal pasti tahap keperluannya, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata kementerian itu bertanggungjawab untuk membina infrastruktur yang baik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan sehubungan itu keutamaan akan diberi kepada projek-projek yang melibat dan diperlukan oleh rakyat.

“Selepas empat hari memegang jawatan menteri, saya difahamkan terdapat beberapa projek kategori kritikal dan sangat kritikal yang perlu diberi keutamaan demi kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf jalan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata fokus Kementerian Kerja Raya kini ialah kepada projek-projek infrastruktur, hospital, sekolah dan bekalan air bersih khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sahaja Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan, negeri-negeri di Semenanjung juga akan diberi perhatian supaya semua projek infrastruktur akan memberi impak yang baik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
​​​​​
​​​​​​​​​​​​​Bagaimanapun, Baru berkata projek yang telah ditandatangani perjanjian dan diberikan kepada kontraktor yang sepatutnya, akan diteruskan kecuali ada isu yang dibangkit mengenai projek berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Baru berkata kerajaan Pulau Pinang telah membangkitkan dua projek hospital yang perlu diutamakan.

“Menerusi taklimat ringkat bersama Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) awal pagi ini, beliau telah meminta kementerian memberi keutamaan kepada projek naik taraf Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya demi keselesaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, beliau  merasmikan projek menaik  taraf jalan negeri  bernilai RM123 juta yang merangkumi jejambat dua hala menghubungkan Batu Maung dan Jalan Sultan Azlan Shah; menaik taraf persimpangan Batu Maung kepada bulatan Batu Maung; membina sebuah jejantas di Sekolah Kebangsaan Batu Maung; dan menaik taraf jalan dari dua lorong sehala kepada empat lorong dua hala. – BERNAMA

Tags: Kementerian Kerja Rayaprojek infrastruktur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

17/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja...

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh PKP

15/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terlibat, kecuali bagi kerja-kerja yang disenaraikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd