• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembara Proton 1-Tangki Sasar Jarak 640 Kilometer

oleh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seramai 36 peserta Kembara Proton Satu-Tangki 2018 meneruskan kembara ke destinasi di zon utara, bertujuan menguji kemampuan kereta Proton bergerak sejauh 640 kilometer, dengan setangki penuh minyak.

Kembara bermula dari Seberang Jaya di sini ke Kuala Perlis – Alor Setar – Ipoh – Seberang Jaya.

Timbalan Pengarah Pemasaran Proton Edar Sdn Bhd, Steven Zhou Qi berkata inisiatif kembara dua hari itu bertujuan menguji kemampuan kereta Proton untuk membawa peserta menerokai permandangan indah, budaya dan makanan di setiap hentian dengan menggunakan satu tangki minyak penuh sahaja.

“Kita mahu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kereta buatan Proton menawarkan kenderaan dengan ciri-ciri ekonomi, praktikal dan selamat, dengan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta, di sini, hari ini.

Tiga jenis model kenderaan ditetapkan bagi pertandingan iaitu Proton Saga 1.3 CVT, Proton Iriz 1.3 dengan transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) dan Proton Persona 1.6 CVT.

Antara hentian menarik bagi siri zon utara adalah Rumah Kelahiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Medan Ikan Bakar Kuala Perlis dan Stadium Batu Kawan.

Peserta terdiri daripada orang awam, petugas media dan juga selebriti tempatan antaranya Saharul Ridzwan dan Amira Othman.

Pemenang pertandingan bagi setiap kategori kenderaan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.

Selain siri kembara di zon utara, Proton turut menganjurkan program sama di Lembah Klang (17-18 Julai), Kuala Terengganu (21-22 Julai), Inanam, Sabah (24-25 Julai) dan Pasir Gudang (28-29 Julai).

Cabaran peringkat akhir akan dipertandingkan minggu hadapan bermula di Johor dan tamat di Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd