• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Ucap Terima Kasih Bantu Bawa Pulang Jenazah

oleh
01/08/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia Ahad lepas, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu membawa pulang jenazah wanita tersebut. Bapa Allahyarham Ismail Abdul Raffar, 62, berkata hanya itu yang mampu diucapkan beliau sekeluarga.

“Saya hanya mampu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang amat mengambil berat tentangnya.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Luar atas pertolongan, malah (Menteri Luar) Datuk Saifuddin Abdullah sendiri menghubungi saya untuk bertanya khabar dan bertanya apa sahaja yang diperlukan oleh keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, di sini hari ini.

Jenazah anaknya tiba di Masjid Ar Rahimah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 7 malam tadi.

Selepas disolatkan, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Sentul untuk dikebumikan.

Allahyarham Siti Nur Ismawida, 30 dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.4 pada skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Allahyarham dalam program mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi di Lombok Timur bersama-sama 17 warga Malaysia yang lain. – BERNAMA

Tags: Lombok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Simpati Keluarga Mangsa Gempa Lombok

20/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada mangsa-mangsa kejadian...

Gempa Lombok: 2 Jenazah Dibawa Pulang Hari Ini

19/03/2019
0

JAKARTA - Jenazah 2 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok Ahad lalu, dijadual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd