• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluaran Kasar Ikan Berjumlah RM14 Bilion Tahun Lepas

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Nilai kasar hasil ikan mencatatkan jumlah kira-kira RM14 bilion pada tahun lepas, dengan penyumbang tertinggi menerusi penangkapan ikan dan selebihnya daripada industri akuakultur dan ikan darat.

Hasil tangkapan ikan mencatatkan RM11 bilion, manakala RM2.9 menerusi akuakultur dan ikan darat (pembiakan ikan air tawar dan seumpama) RM0.1 bilion

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Munir Mohd Nawi berkata industri perikanan menyumbang sekurang-kurangnya 9.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menyediakan aktiviti perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan mungkin boleh mencapai lebih lagi kerana kerajaan menganggarkan kerugian RM6 bilion setiap tahun, apabila bot-bot nelayan asing terus merompak sumber ikan negara.

Daripada jumlah berkenaan, RM1.8 bilion dari penangkapan ikan laut dalam dan selebihnya RM4.2 bilion dari penangkapan ikan pesisir pantai.

Munir berkata, kementerian giat mempertingkat penyeliaan bagi pengawasan kawalan untuk mengawal aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan Malaysia oleh kapal dan bot nelayan asing.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa laut Agensi Pelaksanaan Marin Malaysia (MMEA) dan Polis Marin meskipun menghadapi beberapa halangan, bagi memastikan kita tidak berterusan kehilangan hasil laut kita kepada nelayan asing yang mencuri hasil kita,” katanya pada persidangan akhbar selepas merasmikan Program Kerjasama Jabatan Perikanan Labuan di sini.

Beliau berkata, sebanyak 256 kapal dan bot asing terutama dari Vietnam dengan kira-kira RM180 juta hasil tangkapan dirampas dari 2016 hingga kini.

“Kami sedang berusaha meningkatkan aset dan pegawai kami bagi memastikan kawalan pengawasan akan lebih berkesan,” katanya.

Beliau mengingatkan pemilik bot Malaysia agar tidak menyewakan bot mereka kepada nelayan asing bagi aktiviti tangkapan ikan secara haram atau menghadapi tindakan lesen menangkap ikan mereka ditamatkan (lesen tahunan tidak diperbaharui)

Mengenai beberapa usahawan Malaysia yang tidak bertanggung jawab bertindak bekerjasama dengan nelayan asing dengan menyewakan lesen menangkap ikan laut dalam, beliau berkata ia satu tindakan yang tidak beretika dan patut dihentikan.

Munir juga berkata, Suruhanjaya Eropah (EU) memberi Thailand, pengeksport makanan laut ketiga terbesar di dunia, sekeping ‘kad kuning’ agar menghentikan penangkapan ikan secara haram atau menghadapi sekatan perdagangan ke atas import ikannya.

“Kami berharap dengan pemberian kad kuning kepada Thailand akan membantu kita mengurangkan ketirisan itu atau meningkatkan hasil,” katanya.

Kad kuning ternyata menjadi insentif untuk membanteras penangkapan ikan secara haram, satu usaha oleh suruhanjaya berkenaan. – BERNAMA

Tags: hasil tangkapanIkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd