• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehendak Aturan 53 Dalam Kes Semakan Kehakiman Dimansuh

oleh
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara akan memansuhkan kehendak dalam Aturan 53 Kaedah 3(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dalam kes semakan kehakiman agar kesemua kertas kuasa disampaikan kepada jabatan tersebut.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata pemansuhan tersebut adalah sebagai langkah menggalakkan perkembangan semakan kehakiman oleh mahkamah dalam dua cabang undang-undang iaitu perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.

Justeru, katanya, jabatan itu akan berbincang dengan Majlis Peguam dan Jawatankuasa Kaedah untuk memansuhkan kehendak dalam Aturan 53.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sementara menunggu pindaan tersebut berkuat kuasa, kehendak penyampaian ke atas jabatan itu diketepikan mulai dari sekarang.

“Ini terutamanya apabila sebahagian besar kes semakan kehakiman melibatkan pertikaian antara majkan dengan kesatuan sekerja atau pekerja individu yang sering kali berpunca daripada award Mahkamah Perindustrian.

“Pertikaian seperti itu bersifat persendirian dan tidak mempunyai elemen awam. Bagi kes sedemikian, adalah lebih wajar untuk mengendalikannya seperti litigasi biasa oleh pihak persendirian tanpa meibatkan kerajaan,” katanya.

Thomas menjelaskan walaupun dalam kategori kes yang melibatakan cabaran kepada keputusan Eksekutif atau badan-badan berkanun, yang semestinya melibatkan kepentingan awam, penyampaian di peringkat kebenaran di bawah Aturan 53 tidak diperlukan mulai sekarang.

“Oleh itu, jabatan akan memberikan kesan terhadap maksud tersurat dan tersirat prosedur dua peringkat di bawah Aturan 53. Hal ini bergantung kepada pemohon untuk menyakinkan mahkamah secara ex-parte bahawa ambang (threshold), walau sekecil mana sekalipun, telah dipenuhi.

“Walau bagaimanapun, terdapat satu pengecualian…dalam kes apabila Jabatan Peguam Negara akan mewakili responden di peringkat antara pihak, kami berhak untuk diwakili peguam pada peringkat kebenaran.

“Begitu juga sekiranya kami diminta oleh mahkamah untuk membantu,” katanya.

Thomas berkata jabatan itu turut mengiktiraf akan pentingnya menggalakkan semakan kehakiman sebagai satu cara untuk membangunkan undang-undang awam.

“Untuk tujuan itu, kami tidak akan, melainkan jika keadaan luar biasa yang mengkehendakinya, akan menuntut kos sekiranya kami berjaya dalam prosiding semakan kehakiman.

“Begitu juga, jabatan mengharapkan pihak lawan dan peguam mereka untuk membalasnya supaya jurisprudens yang telah sedia berkembang dalam mahkamah iaitu litigasi undang-undang awam hendaklah ‘bebas dari kos’ serta menjadi ciri-ciri undang-undang Malaysia yang mapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd