Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Bergaduh Dengan Kekasih, Wanita...

GAGAL mengawal perasaan selepas bergaduh dengan teman lelakinya, seorang wanita warga tempatan dipercayai...

Bekas Suami Yatt Hamzah...

SEBELUM ini Yatt Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan bakal suaminya, Mohammad Zulfadli Khiruddin,...

‘Rogol Dalam Perkahwinan Bukan...

KUALA LUMPUR - Perlakuan rogol dalam perkahwinan sukar dibuktikan di mahkamah, sekali gus...

Wanita Kahwini Selimut Sendiri,...

SEORANG wanita merancang untuk berkahwin dengan selimutnya kerana dia mendakwa ia adalah 'hubungan...

Jurgen Klopp Tak Peduli Ejekan Mourinho

CHICAGO – Jurgen Klopp hanya ketawa ketika Jose Mourinho mendakwa perbelanjaan besar yang dibuat Liverpool bagi mendapatkan pemain baru akan menghadirkan tekanan lebih hebat dalam usaha memenangi gelaran Liga Perdana musim ini.

Liverpool menyediakan dana cukup besar tahun ini untuk merapatkan jurang dengan juara musim lalu, Manchester City. Setakat ini, Reds sudah membelanjakan lebih 200 juta pound (RM1.06 bilion) ke atas Alisson, Naby Keita, Fabinho, Xherdan Shaqiri dan Virgil van Dijk.

Awal minggu ini, Mourinho berkata, aktiviti pembelian pemain yang dilakukan Liverpool meningkatkan lagi anggapan umum mengenai kemampuan mereka untuk memenangi liga.

“Mungkin musim ini, akhirnya, anda boleh berharap mereka akan menang,” kata Mourinho ketika sesi jelajah pramusim United di Amerika Syarikat.

“Dengan pelaburan yang anda buat musim lalu dan sekarang, ia mungkin mencatat rekod Liga Perdana. Apatah lagi dengan keadaan mereka yang layak ke final Liga Juara-Juara, anda boleh katakan bahawa anda adalah antara calon untuk menjulang Liga Perdana. Anda harus menang,” tambah Mourinho.

Klopp yang akan menyaksikan anak buahnya menentang United di Michigan esok bagi melengkapkan jadual pertandingan pertunjukan Piala Juara Antarabangsa itu bagaimanapun enggan melayan kata-kata Mourinho.

“Apa yang boleh saya katakan? Jose boleh bercakap apa saja yang beliau suka dan mahukan,” kata Klopp kepada wartawan di Ann Arbor.


“Saya tidak berminat untuk bercakap mengenai Manchester United. Kami tahu mereka juga akan mula berbelanja untuk mendapatkan pemain baru tetapi pada masa sama, kami sedar dengan tanggungjawab yang perlu kami laksanakan.

“Kami bertanggungjawab terhadap penyokong kami, pemilik serta semua yang memerhatikan kami di dunia. Itu situasi kami.

“Kami memang bercita-cita, kami tidak pernah bercakap perkara lain. Kami perlu memberikan sesuatu. Tetapi antara tugas kami ialah bermain dengan corak yang disukai peminat. Ia berlaku tahun lalu, mungkin juga tahun sebelumnya. Kami kini berada di dalam situasi di mana kami mahu mengambil langkah seterusnya.

“Tetapi lawan kami tidak akan berdiam diri. Ia bermakna tugas kami bukan mudah. Kami cuma rasakan bahawa kami sudah lebih bersedia berbanding tahun lalu. Itu saja.” – AFP

Kategori