• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Siti Nur Ismawida Dijangka Tiba Petang Ini

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Jenazah Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia Ahad lepas, hari ini diterbangkan dari Lombok ke Jakarta, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Jenazah Siti Nur Ismawida, 30, dijadualkan dibawa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok menggunakan pesawat Garuda GA0435 pada 9.40 pagi ini ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata jenazah kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Garuda GA0816 dari Jakarta pada 1.40 tengah hari ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 petang (waktu Malaysia).

“Jenazah diiringi suaminya, Mohd Hafiz Mohd Kassim, dan saudara kepada Mohd Hafiz, Saiyid Abdallah Syahir Aledrus,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di KLIA, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur.

Allahyarham Siti Nur Ismawida dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Kejadian itu setakat ini telah mengorbankan 14 mangsa, manakala beratus cedera serta memusnahkan lebih seribu rumah dan bangunan. – BERNAMA

Tags: jenazahpendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

24/12/2024
0

BANGI - Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd