• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Wajib Hadir Siri Bimbingan Haji Di Makkah

oleh
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Jemaah Malaysia diwajibkan menghadiri tujuh siri bimbingan haji yang dianjurkan Tabung Haji mengenai perjalanan ibadat haji semasa mereka di sini.

Pengarah Operasi (Maktab) Datuk Tahar Pilus berkata siri bimbingan itu bertujuan memberi jemaah penerangan yang lebih khusus dan menyeluruh di samping latihan ulang kaji sebelum berwukuf di Padang Arafah.

“Sebelum ini, mereka mengikuti kursus haji sebanyak tiga siri di tanah air dan tambahan kursus ini akan diadakan semasa mereka berada di sini.

“Setiap siri kursus dijangka berlangsung kira-kira dua jam dan dijalankan oleh pembimbing yang berada di sini,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Selain tujuh siri bimbingan itu, Tahar berkata Tabung Haji menyediakan beberapa program ceramah untuk jemaah haji seperti taklimat penngurusan maktab yang akan dijalankan dari masa ke masa dan taklimat persiapan Arafah dan Mina.

“Taklimat persiapan Arafah dan Mina ini penting bagi jemaah memastikan perjalanan mereka dari Makkah ke Arafah, ke Muzdalifah dan kemudian ke Mina dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

“Kita harus memastikan semua jemaah haji Malaysia tiba di Arafah pada 8 Zulhijjah bagi membolehkan mereka berwukuf pada 9 Zulhijjah,” katanya.

Berikutan cuaca panas di tanah suci, jemaah perlu mendapatkan kebenaran daripada pengurus maktab masing-masing sekiranya ingin ke Masjidil Haram bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini..

“Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa menunaikan umrah wajib secepat mungkin. Selepas itu, terpulanglah kepada mereka untuk melakukan umrah sunat sebanyak mana yang mereka mahu, berdasarkan tahap kesihatan mereka,” katanya.

Tahar berkata setiap maktab di Makkah akan mempunyai kaunter perkhidmatan pelanggan di mana segala aduan dan permasalahan yang dihadapi oleh jemaah haji boleh dibuat di sini.

“Perkhidmatan bimbingan ini adalah satu perkhidmatan yang diberi penekanan oleh Tabung Haji kerana ia akan dapat memberi pemahaman dan latihan ulang kaji kepada jemaah haji di mana mereka boleh bertanya setiap kemusykilan berkenaan ibadat haji,” katanya.

Selain itu, maktab-maktab akan menempatkan klinik, kafeteria, dan perkhidmatan penghantaran bagasi ke Malaysia yang terbahagi kepada tiga syarikat iaitu Pos Malaysia Bhd, Nation Wide dan Koperasi Tabung Haji bagi membolehkan jemaah menghantar barang ke tanah air.

“Setiap maktab mempunyai 10 petugas haji yang dipertanggungjawab mengendalikan antara 2,900 hingga 3,000 jemaah yang terdapat di setiap maktab. Ini bermakna seorang petugas perlu mengendalikan kira-kira 300 jemaah.

“Saya berharap semua petugas memberi tumpuan sepenuhnya dalam mengendalikan jemaah haji di bawah pemantauan masing-masing,” katanya.

Bagi operasi di Padang Arafah dan Mina pula, beliau berkata para petugas Tabung Haji Makkah ini akan dibantu oleh petugas Tabung Haji dari Madinah dan Jeddah, berikutan jangkaan pertambahan tugas semasa berwukuf dan melontar jamrah. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM2j Tambahan Untuk PPRT, Baik Pulih Rumah Di Sabah

Next Post

Berputih Mata Selepas Dilanggar Anak Pemilik Lembu

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Berputih Mata Selepas Dilanggar Anak Pemilik Lembu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd