• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janji PRU Pakatan Harapan Akan Dilaksana

oleh
19/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpegang kepada janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dan komited untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanapun berkata tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar melaksanakan janji-janji berkenaan sahaja malah usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, usaha ini dibuat antaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan seumpanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata jabatan dan agensi kerajaan juga sedang meneliti mekanisme pelaksanaan janji-janji itu supaya ia dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang.

Merujuk kepada 10 janji 100 Hari yang dibuat PH menjelang PRU14, Dr Mahathir berkata usaha melaksanakannya telah dibuat tetapi hasilnya tidak semua boleh dicapai dalam 100 hari bagi memastikan janji-janji itu dapat dilaksana dengan teratur dan mengikut undang-undang.

Katanya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.

“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” tegas Dr Mahathir.

Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.

Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata beliau.

Menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung langkah pemantauan untuk melaksanakan janji-janji itu, perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan berbuat demikian.

“Kita tidak akan biar sesuatu itu tidak dipantau kerana tugas-tugas lain kerana kita memang berpegang pada janji-janji kita dalam manifesto,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ini termasuk menunaikan janji pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.

“Kami berjanji untuk memberi royalti seperti yang dijanjikan dahulu, tidak akan ada penyelewengan dalam usaha ini.

“Tapi kami berharap bahawa royalti ini diguna untuk kebaikan negeri-negeri berkenaan dan tidak disalah guna untuk memperkuatkan parti dan lain-lain,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Dr Mahathir mengulangi kenyataannya bahawa manifesto pilihan raya umun PH bukan buku suci, mahupun satu dokumen yang terlalu mengikat kerajaan dalam pelaksanaan janji-janjinya

“Saya tak sedar ahli Yang Berhormat (Rembau) anggap manifesto itu buku suci. Tetapi kalau pun dia anggap demikian, kami di sebelah ini anggapnya sebagai manifesto, tidaklah mengikat kita sampai tidak boleh bergerak.

“Kami tak anggap manifesto sebagai Quran atau Bible. Jadi bila kita sampai kepada rintangan, kita perlu cari jalan untuk mengatasinya,” katanya demikian bagi menangkis kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata apabila kerajaan cuba melaksanakan manifesto itu, terdapat rintangan termasuk undang-undang lama yang mengekang pelaksanaannya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd