• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan HFMD Di Selangor Di Tahap Berjaga-Jaga

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor berada pada tahap berjaga-jaga dengan 9,300 kes dicatat sejak Januari sehingga minggu lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata golongan kanak-kanak berusia bawah enam tahun merupakan yang paling banyak menerima jangkitan berkenaan melibatkan 8,501 kes, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun (568 kes) dan 231 kes untuk berusia 12 tahun ke atas.

“Kes jangkitan HFMD ini memuncak pada awal Mei lepas di minggu ke-15 sehingga minggu ke-17 dengan merekodkan kira-kira 600 jangkitan seminggu di seluruh negeri.

“Angka berkenaan kini turun kepada kira-kira 300 kes jangkitan seminggu sehingga minggu lepas, bagaimanapun ia masih lagi di tahap berjaga-jaga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Siti Mariah berkata sehingga semalam, pihaknya tidak menerima maklumat daripada Kementerian Kesihatan berhubung mana-mana tadika, taska mahupun sekolah rendah yang diarah tutup berikutan wabak penyakit berkenaan.

Beliau berkata dalam usaha mengurangkan jangkitan penyakit itu, kerajaan negeri kini giat menjalankan kempen kesedaran terutama kepada ibu bapa dan pengusaha taska berhubung faktor kebersihan dan mengenal pasti tanda awal jangkitan.

Katanya, kerajaan negeri turut menyarankan supaya setiap pengusaha taska, pusat jagaan dan guru-guru melakukan saringan terhadap kanak-kanak dan pelajar mereka.

“Jika boleh, kita segera asingkan kanak-kanak ada simptom HFMD agar tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain. Ibu bapa juga buat masa ini diharap kurangkan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat tumpuan ramai seperti pasar malam dan pasar raya untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai jangkitan denggi di Selangor, Dr Siti Mariah berkata kes itu mencatat penurunan pada tahun ini, dengan hanya 21,648 kes direkodkan mulai Januari sehingga minggu lepas melibatkan 17 kematian, berbanding 30,485 kes dengan 51 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata kebanyakan daerah di Selangor mencatat penurunan kes denggi jika dibandingkan dengan tahun lepas kecuali Klang yang mencatat peningkatan dari 5,054 kes pada tahun lepas kepada 5,816 kes tahun ini, bagi tempoh yang sama.

“Peningkatan kes ini antaranya berpunca dari tempat pembuangan sampah haram serta kebun di taman-taman perumahan yang mempunyai banyak lokasi air bertakung. Saya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMDselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dah 12 Kes Rogol Pelajar…

Next Post

Mayat Lelaki Dengan Kesan Tetakan Di Kinabatangan

Related Posts

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Mayat Lelaki Dengan Kesan Tetakan Di Kinabatangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd