• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pinggir Mereka Yang Punya Masalah Kesihatan Mental

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia perlu menghentikan sikap meminggirkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, sebaliknya hendaklah membantu mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ramai orang hidup tersingkir bila berdepan dengan cabaran berkaitan kesihatan mental dan menganggap isu itu satu pantang larang dan kewujudannya tidak perlu langsung diperakui.

“Malah sesetengah orang Islam mentafsir penyakit mental sebagai kelemahan iman, dan menasihatkan mereka yang mudah diserang penyakit itu agar lebih banyak berdoa, takutkan Allah atau lupakan langsung situasi mereka.

“Mengapa kita mudah bersimpati dengan seseorang yang patah tangan dan menjauhkan diri daripada seseorang yang menghadapi tekanan perasaan?.

“Lebih cepat kita ubah persepsi ini lebih baik buat kita semua,” kata beliau dalam ucapan merasmikan penutupan konvensyen “Breaking Barriers’ di KDU University College di sini hari ini.

Turut hadir pengasas International Mercy Mission Movement, Sheikh Dr Tawfique Chowdhury.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata daripada melabel seseorang itu sebagai pesakit kesihatan mental, adalah lebih baik jika kita menghulur bantuan dengan semangat positif.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata bilangan mereka yang menghadapi tekanan perasaan dan yang mempunyai masalah kesihatan mental terus meningkat sebagaimana menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat lebih 800,000 kes bunuh diri diadukan di seluruh dunia setiap tahun.

Beliau berkata juga dilaporkan, kira-kira 40 peratus daripada warga Malaysia akan menghadapi masalah kesihatan mental dalam tempoh hayat mereka dan tinjauan 2017 baru-baru ini oleh Kementerian Kesihatan mendapati 18,336 orang pada masa ini mendertia tekanan perasaan di pelbagai peringkat berdasarkan imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu.

“Dari jumlah ini, 11,811 orang menderita tekanan perasaan ringan, 3,680 sederhana dan 1,682 tekanan perasaan teruk,” katanya. – BERNAMA

Tags: sakit mentalWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd